Artikel
Karya Kreatif
Dia datang lagi.. | Dia datang lagi.. |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Monday, 07 January 2008 | |||||||
|
Sedari tadi mataku terpaku pada jam disisi meja tulisku. Mataku seakan gelisah melihat jarum minit yang cepat bergerak seperti pantasnya jantungku berdenyut. Barangkali tidak sabar untuk bersatu bersama jarum jam lantas membawa satu signifikasi agung pada kalendar dunia ini. Sebentar lagi seluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun baru, Sebentar lagi akan menyaksikan detik-detik tahun 2007 ditinggalkan. Mungkin saat ini, ramai yang sedang berkumpul untuk bersama menyaksikan detik-detik yang pasti menjadi sejarah buat sekian kalinya di seluruh dunia. Sebentar lagi pasti bersahutanlah percikan bunga api. Bersahutanlah pengiraan detik-detik jam 12. Setahun telah berlalu! Kerana itu aku gundah, kerana itu hatiku bergetar. Mengimbas kembali setahun yang lalu. Buat pertama kalinya aku berpeluang menyaksikan sambutan tahun baru di usiaku mencecah 21 tahun. Untuk yang pertamanya di tanah asing ini bukannya di tanah airku sendiri. Aku dan beberapa rakanku yang lain memohon untuk bekerja separuh masa untuk membersihkan kawasan sambutan. Berada di tanah asing membuatkan aku tidak kisah dengan apa kerja sekalipun asalkan halal dan tambahan pula pulangan yang lumayan. Ditakdirkan shifku bermula jam 8 malam dan berakhir jam 5 pagi. Ini beerti aku berpeluang untuk menyaksikan detik-detik jam 12. Alangkah gembiranya aku saat itu.” sambil menyelam minum air”lah katakan. Mungkin kerana di tanah air sendiri amat susah untukku keluar pada waktu malam apatah lagi untuk semata-mata untuk menyambut malam tahun baru. Kami sampai di kawasan sambutan hampir jam 8 malam. Melihatkan sudah terlalu ramai orang berselerakan di situ, kukira mereka sudah datang bertandang sejak tengah hari lagi. Setiap pelosok padang sudah ada kelompok manusia. Dari yang kecil sehinggalah yang tua. Semuanya ada. Tapi lebih ramai anak-anak muda remaja bersama pasangan masing-masing.Aksi-aksi berpelukan, bercium bukanlah lagi perkara asing malah bersepah jika boleh kukatakan begitu. Bau arak yang kian menusuk hidungku. Jika difikirkan kembali apa sahajalah yang mereka boleh lakukan. Pertunjukan bunga api cuma akan bermula tepat jam 12 sedangkan mereka sudah berada di situ sejak petang lagi. Di kiri kanan depan dan belakang semuanya ada penuh dengan botol-botol dan tin-tin arak. Kurasakan saat itu aku berada pada tempat yang salah. Bersama debaran hati yang semakin kuat. Betapa takutnya aku andai nyawaku ditarik ketika ini. Malunya aku pada Tuhan kerana menjadi seorang muslim yang berada di tengah-tengah kancah kemaksiatan. Biarpun bukan aku yang melakukan semua itu, namun aku tahu sepatutnya tidak berada di sini. Percikan bunga api yang sangat indah diperkatakan tidak lagi menarik perhatianku. Ingatanku hanyalah biar malam itu berlalu dengan cepat. Ku ingin segera pulang ke rumah. Kepenatan selepas bekerja 9 jam sudah tidak kurasa. Kulihat tubuhku...seluruh badan penuh dengan bau arak yang cukup memualkan.Tepat jam 5 kami pulang tanpa seorang pun berkata-kata. Kukira masing-masing sedang berfikir. Berada di tanah asing yang majoriti penduduknya bukan Islam, aktiviti sebegini bukanlah suatu yang aneh. Bukan sekadar saat sambutan tahun baru malah hari-hari dalam hidup aku sepanjang berada di sini tidak terlepas untuk terpandang aktiviti yang kukira sudah mual untuk ku lihat lagi. Dan kini...detik-detik itu tiba lagi. Oh Tuhan, moga detik ini aku tidak akan lupa bersyukur,bersyukur dan terus bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang menjadi hadiah terunggul untuk hamba yang lemah ini. Jika malam ini adalah saat bebas untuk ‘islamic couple’ yang asyik bertukar-tukar sms konon-konon berbaur nasihat dan azam tahun baru diselit-selit sedikit bunyi-bunyi Islam, sedang yang terangsang adalah maksiat hati, mujurlah aku akhirnya bebas daripada semua helah syaitan itu. Lantas, terima kasih kepadaMu yang membawa aku ke arah ini. Jika malam ini adalah saat bebas bagi pasangan kekasih berlingkar tangan memeluk pinggang sambil tersenyum-senyum bersuka ria melihat percikan bunga api di langit , mengira detik-detik jam 12, jika malam ini adalah saat bebas untuk anak-anak muda berpeleseran di sekitar ibu kota, menjerit-jerit konon inilah semangat tahun baru mereka, sungguh! Aku amat bersyukur kerana Tuhan telah memberiku kefahaman erti tahun baru yang sebenarnya daripada turut menjadi hantu di jalanan sedangkan yang wajib adalah bermunajat mengirimkan rasa kesyukuran pada Tuhan kerana masih meminjamkan kita ajal ini, masih belum memisahkan roh dari jasad ini. Saat ini bersyukurlah kita. Allah masih memberikan kita umur yang panjang untuk beribadat kepadanya. Bukankah itu tujuan manusia diciptakan? Bukan aku tidak gembira, namun untuk apa aku bergembira melihat semua itu di mataku? Umurku yang semakin bertambah, sedang amalku yang tidak menginjak. Dan aku sendiri berasa malu untuk gembira kerana tidak mampu memikul tugas daripada Tuhan. Melihat mereka yang di luar sana menyambut tahun baru. Azam tahun baru? Barukah kita hanya dengan azam sedang hati masih diikat rantai-rantai syaitan. Oh, atau mungkinkah aku yang terlupa, datangnya tahun baru beerti bertambahnya umur kita...bertambahnya kematangan kita untuk memilih hala tuju hidup ini. Bebasnya kita dari ikatan-ikatan yang mengikat. Bebasnya kita dari zaman persekolahan. Tidak perlu lagi mendengar bebelan ustaz ustazah. Tidak perlu lagi menghafal soal halal haram dosa pahala untuk peperiksaan.Sedangkan bertambahnya umur beerti bertambah dekatnya ajal dengan badan. Dunia kian menghalau penghuninya dan kubur pula sedang memanggil-manggil. Atau aku terlupa yang aku tidak perlu menjaga tepi kain orang lain? Sedangkan kubur kita juga kan berasingan. Teringatku akan seloka jawaban seorang teman karibku. ‘bagaimana kalau kubur kita bersebelahan dengan mereka? Aman tenteram ke kita nanti kalau kubur di sebelah itu berdentum-dentam?’ Dan Tuhan itu bila Dia hendak menurunkan bala, pasti diturunkanNya sekaligus. Terlupakah kita akan kisah-kisah umat terdahulu.? Lamunanku dikejutkan dengan bunyi dentuman yang bersahutan. Oh sudah jam 12 rupanya, patutlah. Kujenguk ke tingkap, kelihatan silauan berwarna-warni di langit. Mungkin pesta sudah bermula. Ingatanku melayang mengingatkan saudara-saudaraku di Palestin. Bagaimana agaknya malam tahun baru mereka. Aku ringankan langkahku menuju ke bilik air. Membasahi wajahku dengan wuduk. Mungkin ini yang terbaik buatku sambil mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudaraku di seluruh dunia.
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Friday, 08 February 2008 ) | |||||||
| < Prev | Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Muharram |
| 11 Thursday |
| 1430 HIJRAH |

Izzah - Kemuliaan Ka...
In link:http://www.wowgoldvip.com/ne...
Kem Lepasan SPM Siri...
erm nk ty sbnrnyer... ada wat lg x ke...
Open minded – Accept...
. link:http://www.casinofocus.net/it....
Kem Lepasan SPM 2008
Jika saudara Ridhwan berminat, boleh ...
Kem Lepasan SPM 2008
saya muhammad ridhwan berminat sangat...