| Halal ke Haram? |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Friday, 14 September 2007 | |||||||
Saya sedang menunggu untuk boarding flight di sebuah airport. Dekat saya masa tu ada satu mesin yang jual barang. Mesin tu mcm sebuah peti lutsinar, ada tangan robot untuk pickup barang yang ingin dibeli. Pembeli kena insert coins untuk operate tangan robot tu sekali gerak. Tapi pembeli hanya mampu control sikit je, gerak kiri kanan sahaja, kemudian tekan satu butang, tangan robot tu akan turun dan pickup barang, by chance. Kadang-kadang barang yang bertimbun tu tersepit dan tangan tu tak berjaya ambil. Maka pembeli tak dapat apa-apa dan terpaksa insert coin lagi untuk dapat gerakkan tangan robot tu lagi.Saya melihat seorang khusyuk menggodek tangan robot tu dan gagal, kemudian masuk duit lagi baru berjaya. Membuatkan saya terfikir, apa agaknya fatwa bagi jualan style macam ni? Haram ke halal? Skali nampak macam judi, tapi macam halal juga. Ni kena kaji dan buat fatwa ni. Juga lantas saya teringat kata-kata as-Syahid Syed Qutb dalam Manhaj Hidup Muslim:- "Ulama-ulama pada zaman ni banyak yang bermain-main, kerana terpaksa membuat fatwa untuk satu permasalahan agama yang diwujudkan oleh sistem hidup tidak islam yang mana masalah-masalah itu tidak akan timbul andainya manusia hidup dengan mengambil sistem islam secara syumul(seluruh aspek kehidupan)" Jadi, saya fikir, jika manusia semuanya hidup dalam sistem islam,dan ditarbiyyah dengan akhlak islam, darah daging mereka islam, adakah mereka akan struggle untuk design jualan permainan macam ni? Apa manfaatnya melainkan mencari 'thrill' dan suka-suka? Saya tak dapat fikir manfaat lain. Maka, dalam kehidupan islami sebegitu, andai dapat diwujudkan, pastinya ulama pun tak perlu buat fatwa-fatwa baru yang canggih-canggih untuk selesaikan masalah yang canggih-canggih. Tak sabar rasanya nak mencapai nikmat 'hidup dalam sistem islam yang syumul' Masih jauh perjalanan…
oleh: besiberani
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 ) | |||||||
| < Prev | Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Zulhijjah |
| 4 Wednesday |
| 1429 HIJRAH |


Tips memudahkan pema...
Kem Lepasan SPM 2008
wsalam.. kem lepasan spm utk lepasan2...
Kem Lepasan SPM 2008
salam.. saya berminat untuk mendafta...
Keutamaan Zuhud Di D...
image: link: zuhud adlh sifat yg ...
Kem Lepasan SPM 2008
waalaikumussalam. utk program akan dt...