| Kemerdekaan : Peranan sejarah |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Thursday, 09 August 2007 | |||||||
Saya amat yakin jika di buat survey kepada seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas tentang sejarah kemerdekaan negara, yang mengetahui hanyalah tidak sampai 20%. Maksud saya yang mengetahui agak detail detik-detik yang berlaku sebelum Negara di berikan kemerdekaan oleh British. Yang ramai, mungkin hanya mengetahui secara kasar sejarah tersebut.Di dalam keadaan ini maka sudah tentu agak sukar rakyat negara ini dapat menilai dan merasai betapa peritnya usaha untuk mendapat kemerdekaan tersebut. Walaupun pemimpin-pemimpin negara sentiasa melaung-laungkan kepentingan merdeka dan perlu mengibar bendera tanda mengenang peristiwa tersebut, tetapi kita dapati responnya amat dingin. Akhirnya kemerdekaan di sambut bukanlah dengan mengimbau kembali sejarah tersebut tetapi hanya sekadar mengadakan majlis-majlis hiburan yang melalaikan. Sejarah dan fakta yang berlaku sangat penting untuk kita semua ketahui kerana dari situ kita akan dapat menilai di mana baik dan buruknya sesuatu tindakkan pemimpin negara. Apa yang berlaku hari ini adalah merupakan perancangan di hari semalam! Aspek Dakwah Ketika pengasas sebuah gerakan islam yang teragung di abad ini, Imam As Syahid Hassan Al Banna, melakarkan strategi dakwah beliau, beliau telah meneliti dengan penuh detail sejarah segala perjalanan gerakan-gerakan islam semenjak Rasulullah s.a.w hinggalah pada akhirnya pemerintahan islam Khilafah Othmaniah di Turki. Pengkajian ini membuatkan beliau dapat mengenal kelemahan dan kekuatan gerakan-gerakan tersebut. Ahkirnya beliau telah berjaya melahirkan satu metodologi dakwah yang amat berkesan dan kontemporari hingga dakwah beliau telah berjaya menguasai sebahagian besar rakyat Mesir. Ini membuktikan bahawa, mengetahui sejarah sesuatu gerakan atau pertubuhan amat penting di dalam dakwah supaya dengan itu kita dapat mengukur sesuatu tindakan atau keputusan yang di buat oleh kepimpinan dengan neraca yang betul. Banyak keputusan atau tindakan yang dibuat yang mungkin mengelirukan kita tanpa kita mengetahui latarbelakang yang berlaku. Akhirnya akan timbul perasaan tidak percaya, hilang thiqah dan bermulanya bibit-bibit perpecahan. Ketika itu ”musuh” akan mudah menyerang dan kita amat senang di kuasai. Dalam aspek ini kita harus berhati-hati tanpa mengambil keputusan atau tindakan yang drastik yang akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak. Perkara ini akan berlaku dan akan terus berlaku apabila generasi-generasi baru mula melibatkan diri dengan gerakan atau pertubuhan tersebut. Peristiwa 13 Mei 1967 sentiasa di sebut sebagai satu sejarah hitam negara yang tidak harus berulang kembali. Andaikata kita mengambil ringan hal ini mungkin kita tidak sedar tindakan-tindakan kita akan menjadi punca terulangnya sejarah. Namun hal ini tidak boleh di salahkan kepada pengikut sahaja kerana segala peristiwa yang berlaku hanya sekadar berlegar di kepala sebahagian pemimpin tanpa ada catatan. Oleh itu amat perlu pula untuk sesebuah gerakan atau pertubuhan maupun negara itu menukilkan segala tinta-tinta sejarah kedalam helaian-helaian kertas sebagai tatapan generasi akan datang. Tidak mungkin islam dapat di fahami tanpa mengetahui seerah Rasulullah s.a.w. Tidak mungkin sesuatu gerakan dakwah dapat di kenal tanpa mengetahui sejarahnya. Aminuddin Yahaya (Dipetik dari www.ismaweb.net)
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Friday, 08 February 2008 ) | |||||||
| < Prev | Next > |
|---|
| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Zulhijjah |
| 5 Thursday |
| 1429 HIJRAH |

Tips memudahkan pema...
Kem Lepasan SPM 2008
wsalam.. kem lepasan spm utk lepasan2...
Kem Lepasan SPM 2008
salam.. saya berminat untuk mendafta...
Keutamaan Zuhud Di D...
image: link: zuhud adlh sifat yg ...
Kem Lepasan SPM 2008
waalaikumussalam. utk program akan dt...