Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home
Apabila Umat Celaru Idola PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 23 November 2008
 
ImageDalam mendidik sesebuah umat, di samping pelajaran di sekolah dan tunjuk ajar di media massa, penonjolan idola memainkan peranan penting yang sangat memberi kesan. Oleh itu Rasulullah saw di samping menyuntik Al-Quran ke dalam diri dan negara, Baginda saw juga menonjolkan idola-idola agar masyarakat di Madinah ketika itu mudah mencontohi idola tersebut. Idola yang tertinggi ialah seperti berikut:
 
1. Sahabat 10 orang yang dijanjikan syurga. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Tahlah Ubaidillah, Saad Abi Waqqas dll.
2. Ahli Badar iaitu 313 sahabat yang menyertai Perang Badar yang merubah sejarah bukan sahaja Arab tetapi sejarah kemanusiaan, seperti kata Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilal.
3. Ahli Bai’ah Ridwan seramai ~1500 orang. Firman Allah swt bermaksud, ”Sesungguhnya Allah redha kepada orang-orang beriman, ketika mereka berbai’ah (ikat janji setia) di bawah pohon tersebut …” (Al-Fath:18). Ketika itu Sayyidina Uthman Affan disangka dibunuh Quraisy ketika perundingan Hudaibiyah, lalu Nabi saw mengajak mereka berbaiah untuk membalas kematian Uthman ra.
4. Isteri-isteri Baginda saw digelar Allah sebagai “Ummahatul Mukminin” (Ibu-ibu orang-orang beriman).
 
Dari senarai di atas, jelas bahawa ciri-ciri mereka yang dipilih untuk ditonjolkan (atau diberi “gelaran”) di dalam masyarakat Islam atau dengan kata lain, “Ciri-ciri Pemilihan Idola” adalah seperti berikut:
 
1. Keimanan kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw kepada mereka dan keyakinan penuh dan bulat untuk memperjuangkan dan menyebar Risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia.
2. Penglibatan mereka yang menonjol dalam medan jihad dan peperangan, berbanding sahabat yang lain, demi meninggikan kalimah Allah berdepan dengan kalimah-kalimah kufur dan syirik.
3. Istiqamah (teguh dan berpanjangan) mereka berjuang bersama-sam Rasulullah saw menghadapi cabaran walau berjalan masa yang panjang, sehingga Allah mendatangkan kemenangan dariNya. Mereka berjuang dengan tidak mengenal erti letih dan kepayahan.

Dengan pengumuman dari Allah swt dan RasulNya saw melalui Al-Quran dan Al-Hadis, kesemua mereka di atas, dalam kehidupan dan pergerakan seharian mereka di pasar, jalan raya, masjid dsb menjadi idola, teladan kepada lelaki, wanita dan kanak-kanak masyarakat Islam ketika itu. Sejarah mereka pula menjadi aspirasi generasi selepas itu termasuk kita hari ini dan umat akan datang. Merekalah seolah-olah “Tun”, “Tan Sri” dan “Dato” dalam masyarakat di Madinah di zaman Nabi saw. Di banyak negara di dunia hari ini juga memakai method yang sama, seperti menganugerahkan gelaran “Sir” sebagai idola untuk dicontohi masyarakat dan generasi akan datang. Pentingnya penonjolan hinggakan di sekolah-sekolah, pengawas dilantik berdasarkan kriteria-kriteria istimewa, dan mereka memakai pakaian yang mudah dibezakan dengan pakaian pelajar-pelajar yang lain.

“As-Sabiquun Al-Awwaluun (orang-orang yang awal lagi terdahulu memeluk Islam dari kalangan orang-orang Muhajiriin (Mekah) dan Ansar (Madinah)) dan orang-orang yang mengikuti (mencontohi) mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka danmereka redha kepada Allah. Allah sediakan untuk mereka Syurga yang memgalir sungai-sungai di bawahnya. Mereka kekal (berada) di dalam Syurga itu selama-lamanya. Itulah kemenangan yang hebat”
(At-Taubah:100).
 
ImageSebaliknya pula apabila idola dalam masyarakat menjadi celaru, penonjolan tokoh bukan dari asas yang kukuh ke arah matlamat yang kabur apatah lagi menyimpang, maka tidak pelik apabila masyarakat pula akan menjadi celaru, kabur dan boleh berlaku penyimpangan seperti gelaja sosial, keruntuhan akhlak, maksiat bermaharajalela, terganggu ketenangan dan keselamatan dan sebagainya. Gelincirnya gerabak-gerabak dari landasan keretapi tidak lain selain gelincirnya kepala gerabaknya terlebih dahulu. Kepala dalam masyarakat ialah pemimpin, idola, tokoh dan ulama'.

Semoga Allah swt memelihara kita dan orang ramai dari sebarang kegelinciran dari JalanNya dan menganugerahkan kepada masyarakat kita contoh tauladan yang terbaik dengan bilangan yang ramai. Amin.
 
 
Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Sunday, 23 November 2008 )
 
Next >
Melbourne_FlindersSt.jpg
Muharram
11
Thursday
1430 HIJRAH
UNSW Logo.jpg

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

sm4.JPG

Who's Online

Get Moolets