| Ramadhan yang Dinanti-nantikan |
|
|
|
| Written by Administrator | |
| Wednesday, 03 September 2008 | |
|
Selamat datang Ramadhan yang membawa bersamamu seribu hikmah dan keberkatan…
Bagi yang dewasa pula selamat mempertingkatkan kualiti ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain bersamanya, dengan mujahadah yang lebih tinggi serta hati yang lebih khusyuk. Banyakkan berdoa kepada yang Maha Esa… memohon rahmat, keampunan dan diselamatkan dari api neraka. Firman Allah maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku qabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu” (Al Baqarah: 186). RAMADHAN BULAN AL-QURAN YANG INDAH Firman Allah: “Bulan Ramadhan di dalamnya diturunkan Al Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)” (Al Baqarah: 85) Bulan Ramadhan bulan yang diturunkan Al Quran ini amat berlainan sekali dengan bulan-bulan lain dari segi suasananya. Bulan syaitan dibelenggu dari mengacau menghasut manusia. Di siang hari umat Islam di seluruh pelusuk dunia berpuasa menahan lapar dan dahaga, menjaga akhlaq dan anggota, di samping tugas harian yang terus berjalan seperti biasa, manakala waktu malamnya mereka berbuka samada bersama keluarga, jiran tetangga atau sahabat handai. Ditambah pula dengan amalan bersedekah, memberi makan orang-orang miskin, anak-anak yatim atau mereka yang kurang bernasib baik samping zakat fitrah yang difardhukan.. Amalan-amalan ini akan mengeratkan hubungan dan ikatan sesama Islam sekali gus membentuk satu kekuatan ummah…! Di malam hari pula beribadah, menunaikan solat tarawikh… memenuhi rumah-rumah Allah, berqiamullail, bertadarrus al Quran dan bersahur menjamah sedikit makanan. Allah perhebatkan lagi bulan ini dengan malam Lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan… Ayuh!! Jangan lepaskan peluang ini. Peluang yang tiada bandingnya dengan tawaran-tawaran lain di dunia. Beriktikaf di masjid, terutama di malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan.. Segala amalan-amalan tersebut membuatkan kita lebih hampir kepada Allah, kerana mungkin dalam bulan-bulan yang lain kita leka atau terlalu sibuk dengan seribu satu macam kesibukan sehingga kita sendiri tidak mampu menyusun masa beribadah untuk mempertingkatkan rohani… HiasiIah Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang di sukai oleh Allah dan RasulNya, janganlah kita cemari dengan sifat-sifat buruk seperti malas, banyak tidur, membazir di bazaar-bazaar dan seumpamanya. Firman Allah maksudnya: “Jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik kepada diri kamu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat maka itu untuk diri kamu sendiri.” (al Isra’: 6)
TAQWA Firman Allah maksudnya: “Wahai orang-orang beriman telah Aku fardhukan kepadamu puasa sebagaimana Aku fardhukan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (Al Baqarah: 183) Bagaimanakah puasa itu mampu untuk memberikan kepada seseorang itu darjah ketaqwaan?? Maka di sinilah tersiratnya rahsia dan hikmah puasa itu sendiri, yang mampu untuk mengubah diri seseorang kepada seorang yang lain dari segi peribadi, rohani juga perasaan. Sesungguhnya puasa adalah bekalan yang mesti diambil oleh semua orang untuk meneruskan kembara kehidupan ini menuju kehidupan abadi. Satu bekalan yang juga lain dari yang lain.. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw telah bersabda: “Setiap amalan anak Adam akan dilipat gandakan, satu kebaikan dengan sepuluh seumpamanya sehinggalah 700 kali ganda, Allah telah berfirman: melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Aku yang akan memberi ganjaran dengannya. Syahwat dan makanan ditinggalkan demiKu, Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya, Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.” Hadis riwayat: Bukhari dan Muslim. BULAN KEKUATAN Jika kita membuka lembaran seerah para sahabat dan tabiin pasti kita akan menemui kisah-kisah hebat perjuangan mereka. Mereka mencipta kemenangan demi kemenangan, berperang walaupun di dalam bulan Ramadhan. Mereka ibarat kuda yang tangkas disiang hari dan pendeta di malam hari. Antara peperangan dan peristiwa yang pernah berlaku di dalam sejarah Islam ialah: Puasa adalah amalan yang menakjubkan, memberikan kehebatan kepada pengamalnya. Sehingga ia sering diiktibarkan sebagai ‘madrasah ‘ yang yang akan mentarbiyyah dan mendidik. Kerana kekuatan jasad semata tidak sempurna, tetapi rohani yang kuat dan mantap itulah erti sebenar kekuatan yang akan melonjakkan kekuatan fizikal. Kerana kejadian manusia ini adalah terdiri dari roh dan jasad, maka pembangunan roh sepatutnya menjadi tumpuan utama kita. Allah Maha Pencipta dan mengetahui tentang keperluan makhluk ciptaanNya, syariat dan fardhu puasa itu sendiri adalah menunjukkan kasih sayang Allah kepada hambaNya. Menaikkan darjat, memberi keberkatan, ganjaran dan keampunan. DOA KUDUS Seharusnya di bulan yang Allah perintahkan banyak berdoa ini kita sentiasa mengingati saudara-saudara seIslam kita yang dilanda kemelut peperangan dengan musuh Islam yang hidup sengsara serba dhaif kekurangan. Doakan kemenangan Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq, di semua tempat. Setiap kali kita menyuap makanan dan menikmati minuman ketika berbuka dan bersahur ingatlah mereka… luangkanlah masa untuk mengikuti kisah-kisah perjuangan mereka dan kedurjanaan musuh Islam yang berterusan. Sematkan dalam hati kita agar kita juga mati dalam jihad, kerana Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang masa yang mati dalam keadaan tidak pernah berniat untuk berjihad maka ia mati dalam keadaan jahiliyyah.” Demikianlah Islam sentiasa mementingkan kekuatan ummah dan jihad… Agar tiada lagi fitnah di muka bumi, dan agama hanya bagi Allah semata. Sesungguhnya Ramadhan memberi semangat dan kekuatan kepada orang-orang yang beriman. Sementara Eid atau hari raya pula sebagai simbol kemenangan dan kejayaan. Sambutlah hari raya dengan agama dan akhlak, hindarkan dari pengaruh nafsu dan keduniaan yang melampau. Eratkan hubungan kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan melalui hari raya yang mulia ini… Namun harus faham bahawa bukan pakaian dan makanan yang menjadi ukuran kemeriahan hari raya… Bersederhanalah. Gemakan takbir, tahlil dan tahmid… Curahkan rasa kesyukuran, pujian dan merasakan kebesaran Illahi. ALLAHU AKBAR WALILLAHIL HAMD… Sumber: www.isman9.wordpress.com
|
|
| Last Updated ( Wednesday, 03 September 2008 ) |
| < Prev | Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Muharram |
| 9 Tuesday |
| 1430 HIJRAH |

Kem Lepasan SPM 2008
saya muhammad ridhwan berminat sangat...
Kem Lepasan SPM 2008
ee..bunyik cam best aje...sy harap ke...
Tips memudahkan pema...
KENAPA PALESTIN ?
Eidul Fitr Celebrati...
In link:http://www.wowgold1000.com p...