|
Islam Agama Utama Russia Menjelang 2050 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 28 July 2008 |
|
Kadar kelahiran penduduk Muslim tinggi resahkan Kremlin MOSCOW: Islam bakal menjadi agama utama di Russia menjelang 2050 berikutan kadar kelahiran tinggi di kalangan penduduk Islam republik itu. Buat masa ini, kawasan Timur Jauh Russia sudah pun mencetuskan kebimbangan bagi Kremlin, manakala kadar kelahiran di wilayah berbeza negara itu turut menimbulkan masalah lain. Penduduk Islam berkemungkinan besar menjadi komuniti paling besar di pertengahan abad ini dan disebabkan itu, agama suci berkenaan mempunyai segala peluang menjadi agama utama di Russia.
Pakar sains politik Ukraine, Valery Chaliy dan Mikhail Pashkov, perkembangan itu adalah antara cabaran yang perlu dihadapi Russia pada masa sekarang. Islam kini agama kedua paling dianuti secara meluas di Russia tetapi mustahil untuk menyediakan statistik rasmi mengenai 'amalan' berterusan Islam atau agama lain di negara itu kerana tiada bancian meluas atau statistik dilakukan mengenai perkara itu oleh mana-mana agensi kerajaan. Pakar Islam Russia, Roman Silantyev, menganggarkan terdapat cuma di antara tujuh dan sembilan juta rakyat yang mengamalkan Islam di Russia, dan yang lainnya cuma Islam keturunan. Terdapat banyak bukti mengenai penerimaan Islam di Russia sejak 1990-an. Misalnya bilangan penduduk Islam yang dibenarkan menunaikan haji meningkat mendadak selepas sekatan era Soviet berakhir pada 1990. Pada 1995, Kesatuan Islam Russia yang baru ditubuhkan, diketuai Imam Khatyb Mukaddas mula menganjurkan aktiviti bertujuan memperbaiki pemahaman antara etnik dan menamatkan salah faham mengenai Islam di kalangan penduduk negara itu. Agensi Sumber: Berita Harian Online, 28 Julai 2008
|
|
Last Updated ( Monday, 28 July 2008 )
|
Kem Lepasan SPM 2008
saya muhammad ridhwan berminat sangat...
Kem Lepasan SPM 2008
ee..bunyik cam best aje...sy harap ke...
Tips memudahkan pema...
KENAPA PALESTIN ?
Eidul Fitr Celebrati...
In link:http://www.wowgold1000.com p...