|
Semester Baru Menjelang Lagi |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 26 July 2008 |
|
Setelah lebih sebulan menikmati tempoh percutian sempena musim sejuk, kini tibalah masa untuk para penuntut universiti-universiti di Australia dan New Zealand kembali meneruskan pengajian masing-masing. Mudah-mudahan nikmat masa lapang yang diperolehi telah dimanfaatkan sebaiknya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat dikategorikan sebagai ibadah kepada Allah SWT. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (az-Zaariyat: 56). AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat memasuki semester yang baru khusus buat para pelajar Malaysia di Australia dan New Zealand. Begitu juga buat adik-adik yang berada di kolej-kolej persediaan di seluruh Malaysia. Semoga kedatangan semester baru kali ini mendorong kita semua untuk meningkatkan lagi usaha bagi mencapai kecemerlangan sekaligus memartabatkan agama, bangsa dan negara.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 03 September 2008 )
|
Kem Lepasan SPM 2008
saya muhammad ridhwan berminat sangat...
Kem Lepasan SPM 2008
ee..bunyik cam best aje...sy harap ke...
Tips memudahkan pema...
KENAPA PALESTIN ?
Eidul Fitr Celebrati...
In link:http://www.wowgold1000.com p...