Artikel
Karya Kreatif
Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? | Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Friday, 04 July 2008 | |||||||
|
Shahril melangkahkan kakinya memasuki bas Transnasional itu. Setelah membayar tambang RM1.50, dia pun mengambil tempat duduk di bahagian tengah bas itu. Beg pakaiannya diletakkan di kerusi besebelahan denganya. Pada waktu tengah hari begini, tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini, jadi Shahril tidak perlu risau untuk mengalihkan begnya itu kerana masih terlalu banyak kerusi yang kosong. Bas pun mula bergerak. Shahril menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Kini dia sudah bergelar lepasan sekolah itu. Baru beberapa jam yang lalu Shahril bersama-sama dengan rakan-rakannya bersorak gembira kerana peperiksaan SPM telah selesai. Kini, dia bersendirian di dalam bas itu. Semua kawankawannya pulang dengan ibu bapa masingmasing, kerana ingin membawa barang yang banyak; maklumlah sekolah berasrama penuh. Shahril lebih suka pulang dengan bas kerana tidak mahu menggangu ibu dan ayahnya yang bekerja. “Dik, bangun dik… Dah sampai stesen terakhir ni”, Suara seorang perempuan kedengaran. Shahril membuka matanya. Dilihatnya sekeliling. Para penumpang sedang bergerak turun dari bas. Rupanya-rupanya dia telah sampai di stesen yang terakhir. Mungkin terlalu penat sehingga dia sedar yang dia telah tidur sepanjang perjalanan tadi. “Terima kasih makcik”, Shahril tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada makcik tadi. Shahril mengangkat begnya lalu turut turun dari bas. Dia melihat jam di tangannya. Kemudian melihat sekeliling. Memerhati jika ada kelibat bas yang ingin dinaikinya. Dia perlu menaiki lagi sebuah bas untuk ke rumahnya. Nampaknya bas itu belum tiba. “Lepak la dulu. Jalan-jalan cuci mata. Dah lama tak lepak-lepak ni. Kat sekolah mana boleh”, bisik hati Shahril. Dia pun terus menuju ke pusat membeli belah yang bersebelahan dengan stesen bas itu. Shahril mengambil tempat di sebuah kerusi kosong di situ. Dia memerhatikan gelagat orang ramai. Dia melihat sekumpulan remaja sebaya dengannya sedang bergelak ketawa manaiki eskelator menuju ke tingkat atas. Dia tahu di situlah tempat remaja-remaja sekarang melepak menghabiskan masa bersuka ria bermain permainan video dan menonton wayang. Bercampur laki dan perempuan. Hati Shahril galak. “Best jugak kalo dapat join diorang. Camne agaknye ye? Mesti best dapat tengok wayang, main game, lepak-lepak dengan awek. Lagi pon aku ni dah habis sekolah”. Hati Shahril berbisik nakal. Kerana dia bersekolah asrama, dia tidak pernah melalui semua ini. Di sekolah, pergaulan antara lelaki dan perempuan amat terbatas. Waktu cuti bulanan pula digunakan untuk berehat di rumah sahaja. “Apa salahnya kalau aku pergi lihat-lihat sekejap kat atas tu. Nak jugak aku rasa keseronokan remaja ni”. Shahril semakin tewas dengan ajakan nafsunya. Ilmu agama yang dipelajarinya dalam kelas Pendidikan Islam tidak mampu membetenginya dari ajakan itu. Shahril pun memegang begnya itu lalu bangun untuk menuju ke eskelator. Belum pun sempat Shahril melangkah,dia disapa oleh seseorang. “Assalamualaikum dik.” Orang itu memberi salam. “Waalaikumsalam,” jawab Shahril. “Abang nak tumpang tanya skit boleh?” tanya orang itu pada Shahril. “Boleh. Apa dia?” tanya Shahril pula. “Sekarang dah pukul berape ye? Shahril melihat jam tangannya. “Oh, sekarang dah pukul 2 bang.” Jawab Shahril. “Pukul 2! Dah zohor dah ni. Terima kasih dik. Abang belum solat lagi ni. Erm... adik dah solat?” Abang itu sempat bertanya pada Shahril. “Erm… belum lagi bang”, jawab Shahril perlahan. “Kalau macam tu, jomla solat sekali dengan abang. Dapat pahala 27 kali ganda. Sape tak nak kan. Banyak tu”, kata abang tu bersahaja sambil tersenyum. “Ok jugak.” jawab Shahril, terlupa niatnya tadi untuk menjengah ke tingkat atas. Setelah selesai solat. Shahril menyandarkan diri di dinding bahagian belakang surau. Abang tadi bangun menunaikan solat sunat. Shahril hanya memerhati sambil menyarung stoking ke kakinya. Di lihat keluar tingkap, hujan turun agak lebat. Shahril ambil keputusan untuk berehat sebentar di situ sementara menunggu hujan reda. “Baru habis SPM ke?” Tanya abang tadi yang telah selesai solat sunat sebentar tadi. “Ha’ah”, jawab Shahril ringkas. Tidak mahu memikirkan sangat tentang peperiksaan. Baginya, dia sekarang sudah bebas. Buat apa nak pikir lagi tentang SPM. Bagai memahami bisik hati Shahril, abang tersebut tidak bertanya lanjut tentang SPM. “Saya Mohd Kamal… panggil Kamal je… abang Kamal pun boleh.” Abang tadi memperkenalkan diri. Senyuman itu tetap terlekat di bibirnya. Seolah-olah memancarkan aura yang menyebabkan Shahril merasa begitus enang dengan abang Kamal.” “Saya Shahril… panggil je Shah.” Shahril memperkenalkan dirinya pula. Di surau yang kecil dan agak tidak terurus itulah bermulanya satu ikatan antara dua insan. Yang tiada apa-apa kepentingan duniawi, tiada pertalian darah atau sebarang niat yang salah. Itulah yang dinamakan ukhuwwah islamiah. Ikatan di atas dasar keimanan. Hari itu, Abang Kamal berbesar hati menghantar Shahril ke rumahnya disebabkan hujan yang lebat tidak menunujukkan tanda untuk reda. Kebetulan abang Kamal tinggal tidak jauh dari kawasan perumahan Shahril. Semenjak hari itu, hubungan antara mereka semakin rapat. Abang Kamal selalu mengajak Shahril melakukan aktiviti bersama. Katanya,masa kosong yang ada mesti diisi dengan benda baik, kalau tidak benda yang sebaliknya yang mengisi masa itu. Adakalanya, abang Kamal mengajak dia bermain futsal bersama rakan-rakan abang Kamal. Apa yang menarik hati Shahril ialah perbezaan yang ketara antara kawan-kawan abang Kamal yang menutup aurat dan begitu bersopan ketika bermain. Sangat berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain. Dia juga telah berkenalan dengan beberapa rakan baru yang sebaya dengannya. Mereka juga datang atas ajakan abang Kamal. Masa berlalu beberapa ketika. Suatu hari, abang Kamal telah mengajak Shahril untuk keluar makan. Sampai sahaja di restoran yang dijanjikan, Shahril melihat abang Kamal bersama dengan beberapa rakan lain. Apabila diamati,rupa-rupanya mereka ialah Adam, Hafiz dan Abdullah. Mereka pernah beberapa kali bertemu ketika bermain futsal bersama. Abang Kamal lalu menjemput Shahril duduk. Malam itu, Shahril merasai satu lagi perasaan yang menakjubkan. Dia dan rakan-rakannya tadi telah disatukan dalam satu kumpulan yang abang Kamal namakan sebagai ‘usrah’. Kata abang Kamal, ‘usrah’ tu maksudnya keluarga. Tujuannya ialah untuk mereka berbincang-bincang. Berkongsi ilmu, berbincang masalah dan mengisi masa kosong dengan aktiviti berfaedah secara bersama-sama. Kata abang Kamal lagi. Kita kalau nak buat baik jangan sorang-sorang. Nanti bila kita buat silap tak ada orang nak tegur kita. Sebab tu lah kita kena ada usrah, boleh saling bantu membantu. Semenjak pertemuan pertama itu, Shahril telah berubah menjadi seorang yang benar-benar faham akan matlamat hidupnya. Mereka akan berjumpa seminggu sekali. Abang Kamal selalu berpesan supaya mengingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang sebelum kita hingga kita dapat kecapi nikmat iman. Kini,tugas kita pula untuk berkorban demi masyarakat terutamanya remaja yang sangat jauh dari sinar iman. *************************************** Masa pantas berlalu. Hari ini Shahril akan memasuki universiti UiTM. Dia mendapat keputusan yang agak memberangsangkan dalam SPM. Telefon bimbitnya berbunyi. Hanya SMS…Dari abang Kamal. Shahril cepat-cepat membacanya. “Assalamualaikum Shah, selamat memasuki alam universiti. Tahniah abang ucapkan. Satu je pesanan abang.Hidup kita tiada nilainya hinggalah kita melangkah kehadapan meninggalkan segala kejahilan di belakang kita. Wassalam” “Waalaikumsalam. Terima kasih abang kerana telah mengajarku melangkahkan kaki ini”, ringkas Shahril membalas mesej abang Kamal. Kedengaran dari jauh pengumuman diumumkan. Penuntut baru dikehendaki berkumpul di dewan taklimat. Shahril mengambil tempat duduknya di bahagian belakang. Dia melihat-lihat sekeliling. Dia memandang orang di sebelahnya. “Assalamualaikum. Boleh tumpang tanya. Sekarang dah pukul berapa ye?” Shahril memulakan bicaranya. Sambil tersenyum mesra. Oleh: Haidar Mahmud Sumber: Buletin PEMBINA Edisi Jamadil Akhir 1429H
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Friday, 04 July 2008 ) | |||||||
| Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Zulhijjah |
| 4 Wednesday |
| 1429 HIJRAH |

Tips memudahkan pema...
Kem Lepasan SPM 2008
wsalam.. kem lepasan spm utk lepasan2...
Kem Lepasan SPM 2008
salam.. saya berminat untuk mendafta...
Keutamaan Zuhud Di D...
image: link: zuhud adlh sifat yg ...
Kem Lepasan SPM 2008
waalaikumussalam. utk program akan dt...