Artikel
Dunia Islami
KENAPA PALESTIN ? | KENAPA PALESTIN ? |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Sunday, 22 June 2008 | |||||||
|
Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela. Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini. Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat? Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini. Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain. Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw. Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah saw sendiri yang telah mengatur strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia. Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis. Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Di antaranya: 1. Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya. 2. Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya. 3. Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya. 4. Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin. 5. Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.
Nota: Rujukan
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Sunday, 22 June 2008 ) | |||||||
| Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Zulhijjah |
| 5 Thursday |
| 1429 HIJRAH |

Tips memudahkan pema...
Kem Lepasan SPM 2008
wsalam.. kem lepasan spm utk lepasan2...
Kem Lepasan SPM 2008
salam.. saya berminat untuk mendafta...
Keutamaan Zuhud Di D...
image: link: zuhud adlh sifat yg ...
Kem Lepasan SPM 2008
waalaikumussalam. utk program akan dt...