Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Kenali AUSIS arrow Khabar Warga AUSIS arrow Selamat menjalani musim exam, bittaufiq wannajah...
Selamat menjalani musim exam, bittaufiq wannajah... PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 16 June 2008
 
ImageDemam exam melanda lagi. Seperti biasa, tempoh masa sebegini merupakan waktu-waktu yang kritikal buat para mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di universiti-universiti khususnya di Australia dan New Zealand. AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermujahadah kepada semua yang akan dan sedang menghadapi peperiksaan, semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita. Berusahalah sebaik mungkin dan banyakkan doa serta tawakkal kepadaNya.
 
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir." (al-Baqarah: 286)
 
Photobucket
 
"Demam Imtihan"
 
‘Demam imtihan’ kembali melanda warga mahasiswa di Perlembahan Nil ini. Di sana-sini, majoriti dari kita sudah mula bercakap-cakap tentang fatrah imtihan yang makin mendekat dan tidak kurang juga yang mula merancang pelbagai strategi belajar. Namun, apa yang pasti, walau apa pun cara atau strategi, kita sama-sama inginkan kecemerlangan dalam imtihan kali ini. Bagi sahabat-sahabat dalam kuliah perubatan pula, mereka terlebih dahulu telah merasai demam imtihan bagi fasa ini.

Saban tahun, setiap kali menjelangnya fatrah imtihan, kita sering diajak untuk merenung kembali diri masing-masing sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi imtihan yang menjelang. Dan begitu juga saban tahun, kita diajak bermuhasabah tentang kelemahan atau kecuaian kita pada musim imtihan pada tahun sudah. Setiap kali berakhirnya musim imtihan, ramai dari kita yang menaruh azam dan tekad untuk melakukan yang lebih baik dalam fasa imtihan seterusnya. Namun sayang, tidak ramai dari kita yang mampu mengekalkan azam tersebut pada fasa imtihan yang seterusnya.

Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya kecemerlangan dalam peperiksaan merupakan suatu perkara yang cukup penting dalam diari kehidupan seorang mahasiswa khususnya mahasiswa muslim. Keperluan umat Islam kepada mahasiswa muslim yang cemerlang dari sudut akademik terutamanya dalam bidang pengajian agama merupakan suatu yang bersifat mendesak. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan umat Islam yang tidak keterlaluan jika dikatakan ketinggalan dalam banyak bidang. Peri pentingnya kepada kecemerlangan akademik dapat kita soroti daripada lipatan sirah agung tokoh ilmuwan Islam sendiri. Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Khindi dan banyak lagi tokoh-tokoh cendekiawan muslim cukup dikenali baik dalam dunia Islam mahupun barat. Mereka bukan sahaja faqih dalam ilmu agama, tetapi juga turut menguasai pelbagai ilmu alat yang lain seperti perubatan, kira-kira dan astronomi.

Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi setiap dari kita yang bergelar mahasiswa muslim dalam apa jua bidang untuk mengembalikan keagungan tamadun ilmu kepada dunia Islam. Baginda Ar-Rasul (saw) telah mengajarkan kepada kita melalui sirahnya yang mulia bahawa sesungguhnya umat Islam tidak pernah mengenal erti usaha melainkan bersama-sama usaha itu adanya mujahadah dan kesungguhan. Renungilah peristiwa kesungguhan Nabi (saw) berdakwah di Thaif sehingga baginda dilempar dengan batu, namun untuk baginda berputus asa, tidak sama sekali.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama lemparkan persoalan kepada diri masing-masing, adakah aku telah bersungguh-sungguh dalam jihad ilmu ini sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) telah bersungguh-sungguh dalam menyampaikan amanah risalah? Dan adakah aku telah merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhanku sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhannya?

Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam.
 
Source: http://ismamesir.wordpress.com
 
Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 16 June 2008 )
 
< Prev   Next >
20051205202827!Koala_climbing_tree.jpg
Ramadhan
7
Monday
1429 HIJRAH
unimelb-logo-small.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

sm2.JPG

Who's Online

Get Moolets