Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Kenali AUSIS arrow Khabar Warga AUSIS arrow Jemputan Walimah Alwi & Mastura
Jemputan Walimah Alwi & Mastura PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 03 June 2008
 
AUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Akh Zul Alwi bin Mat Adam dan Ukht Mastura bt Mohamad khusus buat warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis sebelah keluarga perempuan akan berlangsung pada 22 Jun 2008 di Kajang, Selangor sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 28 Jun 2008 di Jengka, Pahang. Maklumat lengkap beserta peta lokasi majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.
 
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
 
 
Zuriat & Pernikahan

Para pembaca sekalian, satu objektif pernikahan adalah untuk melahirkan zuriat. Namun, apa pula objektif melahirkan zuriat? Adakah sekadar sebagai penerusan keturunan? Atau sekadar sebagai penyejuk mata? Atau untuk dibanggakan di hadapan kawan2 dan masyarakat? Atau sekadar bukti kesuburan pasangan (maaf)?

Objektif zuriat di sisi Islam adalah untuk mewarisi perjuangan Islam, merealisasikan cita-cita Rasul. Kerana itu, Rasulullah bergembira dengan ummatnya yg ramai.

Namun, apa guna ummat yg ramai tetapi kebanyakannya hanya sekadar seperti buih-buih di lautan? Tak bermanfaat sedikit pun kepada Islam.. Apakah dengan itu Rasulullah berbangga? Pembaca sekalian, kalau kita tidak meletakkan objektif agenda Islam kepada anak-anak, bahkan meletakkan cita-cita lain, dikhuatiri perkahwinan kita tidak seiring dengan kehendak Rasul, malahan barangkali dari mula perkahwinan kita adalah hanya kerana nafsu semata-mata..

Maka, bagi yg belum berkahwin, fahamilah apakah hakikat berkahwin kerana Allah.. Adakah sekadar menghalalkan nafsu melalui syariat, atau menambahkan bilangan ummat Muhammad.. atau mengikut2 menyempurnakan fitrah manusia yg perlu berkahwin?

Yang sudah berkahwin, sentiasalah "perbaharui" perkahwinan anda dengan meluruskan cita-cita perkahwinan anda (berobjektifkan Islam) sebagaimana seorang 'abid membetulkan niat ibadahnya.. Jangan jadikan rumahtangga anda satu lagi kitaran generasi yang tidak menyumbang kepada perkembangan sosiologi manusia.

Bagi yang sudah berkahwin dan beranak-pinak pula, priority utama yg anda harus monitor anak-anak anda adalah IMAN mereka, bukan semata-mata sekolah, mainan dan makan minum mereka; Maka, create-lah suasana yg Islami di rumah, jauhilah perkara2 yg merosakkan aqidah, jauhilah perkara2 yg memesongkan anak-anak daripada cenderung kepada Islam, dan galakkanlah anak-anak anda terlibat dalam aktiviti dakwah & tarbiyyah. Jadikan kewujudan anda dan anak-anak anda bererti kepada Islam..

Ingatlah, anak itu amanah dari Allah. Tak mungkin Allah menghendaki hambaNya dibesarkan dengan nafsu dan angan-angan kosong lagi remeh. Sesungguhnya, objektif Allah mengutus manusia ke bumi itu jelas.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi""..
[2:30]

Semoga dengan niat yang benar dan amal yg lurus, akan lahirlah institusi2 keluarga Muslim sejati seterusnya membina masyarakat Islam yg sebenar.
 
 
Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Tuesday, 03 June 2008 )
 
< Prev   Next >
great_ocean_road_12_Apostles.jpg
Zulhijjah
5
Thursday
1429 HIJRAH
uniadelaide-logo.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

sm1.jpg

Who's Online

Get Moolets