Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Artikel arrow Tazkirah arrow Menghadapi Tekanan Peperiksaan
Menghadapi Tekanan Peperiksaan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 20 May 2008
 
ImagePeperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari. Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat. Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul.

Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar. Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan.

Begitu juga tekanan boleh berlaku disebabkan suasana persekitaran tempat belajar yang tidak kondusif. Bayangkan anda berada dalam linkungan masyarakat yang pelajar yang tidak mampu bekerjasama meskipun sama-sama inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang mendatang.

Selain itu, tekanan daripada harapan kedua orang tua untuk melihat kejayaan anaknya juga kadang-kadang boleh menjadi penyumbang. Harapan sebegini jika dilihat dari sudut yang positif, sebenarnya boleh menjadi suatu bentuk motivasi yang cukup kuat. Namun jika ia dianggap sebagai suatu bentuk tekanan akan menyebabkan pelajar mudah stres sehingga mewujudkan keserabutan dalam pemikiran pelajar. Dalam keadaan ini , seorang individu itu berkemungkinan melakukan tindakan yang luarbiasa dan yang paling menakutkan- bunuh diri.
 
 
Photobucket
 

Menghadapi tekanan peperiksaan atau perlumbaan menuntut kepada spiritual dan mental yang jitu. Spiritual dan mental yang lemah akan menyebabkan pelajar mudah mengaku kalah sebelum berjuang- putus asa. Kekuatan mental lahir dari sikap dan pemikiran yang optimis serta stabil dalam berusaha mencapai matlamat yang diinginkan.

Manakala kekuatan spiritual pula, bagi status kita sebagai pelajar muslim lahir dari hubungan kita dengan Yang Esa. Justeru, Perbanyakkanlah berzikir, tadabbur al-Quran dan merenung keindahan pada penciptaan alam sebagai salah satu cara mencari ketenangan jiwa. Sentiasalah berbaik sangka dengan keadilan Allah azzawajalla. Namun, sekiranya kita masih tidak mendapat keputusan yang baik walaupun selepas berusaha, yakinlah di sana ada hikmah yang lebih berharga. Letakkanlah pengharapan kita semata-mata kepada Allah (swt) dengan syarat kita telah menyempurnakan tanggungjawab kita dalam berusaha kerana demikianlah hakikat tawakkal.

Semoga kejayaan yang diimpikan berada di tangan kita bersama-sama redha dari Yang Esa.
 
Sumber: www.ismamesir.wordpress.com
Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Prev   Next >
Canberra_Parliament.jpg
Zulkaedah
22
Friday
1429 HIJRAH
UNSW Logo.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

1.JPG

Who's Online

Get Moolets