Artikel
Dunia Islami
Siti Fatimah dibenar murtad | Siti Fatimah dibenar murtad |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Sunday, 11 May 2008 | |||||||
|
Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah P. Pinang itu adalah kes pertama di negara ini PULAU PINANG 8 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis, memutuskan demikian setelah mendapati plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998. Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah. Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Siti Fatimah yang dilihat berbaju merah jambu dan berskirt hitam diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani. Pada 10 Julai 2006, wanita itu memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004. Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir. Dalam pada itu, sebelum mengumumkan keputusan, Hakim Othman kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf. ‘‘Sepatutnya MAIPP perlu menyelia dan membimbing golongan yang baru masuk Islam. ‘‘Kalau tidak buat macam itu, dikhuatiri akan wujud lebih banyak kes-kes sebegini,’’ katanya. Tambahnya, murtad boleh berlaku berlandaskan tiga perkara iaitu melalui perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam. Peguam syarie yang mewakili MAIPP, Ahmad Munawir Abdul Aziz memaklumkan kepada hakim bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang. Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS Sumber: Utusan Malaysia Online, 9 Mei 2008
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Sunday, 11 May 2008 ) | |||||||
| Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Zulhijjah |
| 4 Wednesday |
| 1429 HIJRAH |

Tips memudahkan pema...
Kem Lepasan SPM 2008
wsalam.. kem lepasan spm utk lepasan2...
Kem Lepasan SPM 2008
salam.. saya berminat untuk mendafta...
Keutamaan Zuhud Di D...
image: link: zuhud adlh sifat yg ...
Kem Lepasan SPM 2008
waalaikumussalam. utk program akan dt...