| Sebelum anda menyaksikan apa yang dilihat mimpinya |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Monday, 05 May 2008 | |||||||
|
Pada suatu hari, sahabat saya menceritakan mimpi yang dilihatnya. Mimpi itu berulang kira-kira setahun sekali. Sekalipun permulaan dan individu yang ”Saya bermimpi langit menutupi bumi. Bukit bukau berterbangan seperti kapas. Lautan terbakar. Manusia diseru: Ayuh mengadap Tuhan yang Maha Perkasa pada Hari Perhitungan amal. Lalu mereka berhimpun dari segenap pelusuk, berdiri di bumi Mahsyar. Matahari begitu dekat dengan kepala mereka. Peluh membanjiri mereka. Hati mereka dikuasai susah hati, rungsing dan dukacita. Suara tangisan, keluhan sesal dan raungan duka di mana-mana. Semua menangis kerana kedahsyatan yang dialami. Semua sesal akan waktu yang dihabiskan bukan untuk mentaati Allah. Semua berduka kerana tidak membuat persiapan untuk hari yang menggerunkan ini. Semua berangan-angan untuk kembali ke dunia untuk membuat persediaan kembali. Semua bimbang untuk menghadapi perhitungan. Dan selepas itu, sama ada ke syurga atau pun neraka.
Tiba-tiba saya tidak mampu bergerak. Kedua kaki saya tidak dapat menanggung saya. Saya melihat sekeliling. Saya dapati suratan amalan berterbangan sehinggalah semua empunyanya mengambil suratan masing-masing. Saya dapati neraca amalan telah disiapkan. Semua mata dan hati manusia terpaku kepadanya. Semua berharap semoga timbangan kebaikannya lebih berat. Saya dapati juga titian sirat merentangi neraka. Manusia mula menyeberanginya. Sebahagian mereka melintasinya sehingga penghujungnya. Sebahagian mereka pula jatuh ke dasar jahanam. Sehinggalah saya dihadapkan kepada Tuhan dan perhitungan dijalankan. Saya diperintahkan untuk dibawa ke neraka!! Lantas saya terjaga diselubungi ketakutan. Ini bukan kali pertama saya bermimpi sedemikian. Saya pernah bermimpi dua kali berturut-turut. Setiap kali kesudahannya satu sahaja. Saya dikekang kesedihan kerananya. Saya merasa rungsing dengan mimpi yang berulang dengan peristiwa yang sama dan berakhir dengan natijah yang satu!!!” Luah sahabat saya tersebut. Saya pun bertanyakan keadaan dirinya dengan Tuhan. Dia memberitahu, dia seorang yang menjaga sembahyang dalam waktunya. Tetapi dia banyak cuai dalam melakukan perkara sunat. Saya tidak menegurnya kerana bimbang hubungan kami akan terjejas. Saya berkata: Biarkan yang lepas-lepas. Mari kita buka lembaran baru dengan diri sendiri. Jadikan slogan kita untuk masa hadapan: "Dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku". (Toha: 84) Saya mengambil keputusan untuk menyemai kecintaannya untuk memelihara amalan sunat. Saya bentangkan contoh hadis Nabi s.a.w. yang memimpin dan mengubah manusia daripada malas kepada beramal, mundur ke belakang kepada maju ke hadapan, lesu kepada cergas, putus asa kepada membunga harapan, cuai kepada berpegang teguh dengan sunnah. Saya berkata: Mari kita mengingati beberapa hadis Rasul s.a.w. yang melapangkan dada, menghilangkan rungsing dan menggembirakan jiwa. Khususnya hadis berkenaan amal yang sedikit tetapi ganjarannya besar. Terutama juga, amalan sunat yang ramai manusia melalaikannya. Dia menyetujui cadangan saya itu. Kejarlah jaminan rezeki di dunia dan syurga di akhirat Daripada Abu Umamah al-Bahili, daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: Tiga golongan, semuanya dijamin oleh Allah ‘Azza wa Jalla: Lelaki yang keluar untuk berperang di jalan Allah. Maka dia dijamin oleh Allah sehinggalah dia dimatikan lalu Allah memasukkannya ke syurga ataupun dikembalikan bersama ganjaran dan rampasan perang yang diperolehinya. Dan lelaki yang pergi ke masjid. Maka dia dijamin oleh Allah sehinggalah dia dimatikan lalu Allah memasukkannya ke syurga ataupun dikembalikan bersama ganjaran dan keuntungan. Dan lelaki yang memasuki rumahnya dengan memberi salam (ataupun kerana inginkan kesejahteraan). Maka dia dijamin oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Riwayat Abu Dawud) Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga golongan, semuanya dijamin oleh Allah. Jika dia hidup, dia diberi rezeki dan dicukupkan. Jika dia mati, Allah memasukkannya ke syurga. Sesiapa yang masuk ke rumahnya, lalu memberi salam. Maka dia dijamin oleh Allah. Sesiapa yang keluar ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah. Sesiapa yang keluar di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah. (Shohih at-Targhib wa at-Tarhib, Jilid 1, Hlm. 77) Hadis ini memberi berita gembira: jika manusia melakukan dan melaksanakan kandungannya, dia akan mencapai darjat dijamin untuknya kehidupan bahagia di dunia dan kenikmatan abadi di akhirat. Apabila sahabat saya mendengarnya, dia bertakbir gembira. Dia mendapati sesuatu yang tidak didapatinya dalam mimpinya, iaitu syurga dan nikmat yang kekal. Amalan yang dinyatakan hadis tidak menghabiskan tenaga dan masa yang banyak. Oleh itu kami sama-sama mengikat janji untuk: - Keluar di jalan Allah dengan cara menziarahi pesakit atau berusaha memenuhi keperluan manusia. - Keluar awal ke masjid dan menjaga solat sunat qabliyyah dan ba’diyyah. - Menyebarkan salam, terutamanya ketika memasuki rumah. Allah berfirman: Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa termasuk) diri kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya. (an-Nur: 61) Kerjakan haji dan umrah di kampung halamanmu Catatkan buku amalanmu di ’Illiyyin Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang keluar daripada rumahnya dalam keadaan suci (berwudhuk) untuk solat fardhu, maka pahalanya seperti pahala seorang mengerjakan haji yang berihram. Sesiapa yang keluar untuk solat sunat Dhuha; dia tidak berpenat lelah keluar melainkan hanya kerananya (solat Dhuha), maka pahalanya seperti pahala seorang yang berumrah. Dan solat selepas solat yang tiada perkara lagha antara kedua-dua solat itu (dicatatkan) di ‘Illiyyin. (catatan amalan golongan yang baik di langit ke tujuh). (Riwayat Abu Dawud) Dia amat gembira mendengar khabar gembira dalam hadis ini. Kerana dia sedar haji menghapuskan dosa. Orang yang mengerjakan haji pulang daripada hajinya dalam keadaan bersih daripada dosa seperti hari dia dilahirkan ibunya. Kami pun bersepakat untuk melakukan perkara berikut: - berwudhuk di rumah sebelum pergi ke masjid di samping memelihara doa pergi ke masjid: اللهم اجعل في قلبي نورًا.. - memelihara dua rakaat solat dhuha. - menjauhi perbualan sia-sia. Wajah seperti bulan purnama dan antara amalan paling afdhal Daripada Abu Zarr r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang hamba mengucapkan La ilah illa Allah seratus kali melainkan Allah membangkitkannya pada hari Kiamat dengan wajahnya seperti bulan pada malam bulan purnama. Pada hari itu, tidak diangkat amalan seseorang yang lebih afdhal berbanding amalannya melainkan orang yang mengucapkan seperti ucapannya atau menambah lebih daripadanya. (Kanz al-‘Ummal, Jilid 1, Hlm 57) Saya memandang kepada sahabat saya, saya dapati wajahnya berseri-seri. Riak mukanya melakarkan rasa redha dan terpikat dengan sunnah Nabi s.a.w.. Sebelum kami mengakhiri perbualan iman tersebut, saya ingin menyemai harapan lebih besar ke dalam dirinya. Saya mahu membuka pintu rahmat kepadanya melalui hadis seterusnya. Ucapan ringkas membuahkan keampunan banyak dosa Daripada Ibnu ‘Umar: Rasulullah s.a.w. banyak kali bersabda kepada kami: Wahai sekelian Sahabatku, apakah yang menghalang kamu untuk menghapuskan dosa dengan beberapa kalimah yang mudah? Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah dia? Baginda bersabda: Kamu mengucapkan ucapan saudaraku al-Khidhr. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang diucapkannya? Baginda bersabda: Beliau mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunan kepadaMu terhadap perbuatan dosa yang telah aku bertaubat kepadaMu daripadanya, kemudian aku kembali melakukannya. Aku memohon keampunan kepadaMu terhadap janji diriku yang aku berikan kepadaMu kemudian aku tidak memenuhinya kepadaMu. Aku memohon keampunan kepadaMu terhadap segala nikmat yang Kamu kurniakan ke atasku, lalu aku mendapat kekuatan dengannya untuk berbuat maksiat kepadaMu. Aku memohon keampunan kepadaMu terhadap setiap kebaikan yang aku inginkan keredhaanMu, namun bercampur baur di dalamnya tujuan yang bukan keranaMu. Ya Allah, janganlah kami menghina daku kerana sesungguhnya Kamu mengetahui tentangku. Janganlah kamu menyiksaku kerana sesungguhnya Kamu berkuasa ke atasku. Di sini, sahabat saya bersuara: Adakah saya telah menyekat diri saya daripada semua kebaikan agung ini? Dan ramai yang telah mendahului saya melakukannya? Demi Allah saya tidak menemui tafsiran lain kenapa mimpi ini berulang kepada saya melainkan sebagai mesej amaran kepada saya kerana cuai terhadap sunnah Rasul s.a.w.. Saya berjanji kepada kamu, dari sekarang sehingga seterusnya untuk tidak menangguh atau mencuaikan sunnah Nabi s.a.w.. Saya akan mengajak manusia melakukannya. Saya gembira mendengar kata-katanya. Lalu memuji Allah. Saya mengucap selamat tinggal lalu beredar. (Olahan semula daripada tulisan ‘Ishom Dhohir)
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Monday, 05 May 2008 ) | |||||||
| < Prev | Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Muharram |
| 9 Tuesday |
| 1430 HIJRAH |

Kem Lepasan SPM 2008
saya muhammad ridhwan berminat sangat...
Kem Lepasan SPM 2008
ee..bunyik cam best aje...sy harap ke...
Tips memudahkan pema...
KENAPA PALESTIN ?
Eidul Fitr Celebrati...
In link:http://www.wowgold1000.com p...