Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home
Kemerdekaan Kosovo - Menanti Sokongan Dunia Islam PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 April 2008
 
ImageMasyarakat Islam Kosovo meminta dunia Islam membantu memberikan pengiktirafan terhadap pengisytiharan kemerdekaan negara mereka secara rasmi dari Serbia. Mereka juga meminta agar dunia Islam turut membantu pembangunan negara mereka agar lebih baik pada masa akan datang.

Dalam majlis perayaan hari kemerdekaan, Ahad 17 Februari lalu, ribuan masyarakat Islam Kosovo berarak di jalan raya. Mereka menyatakan hari itu adalah hari yang sangat bersejarah bagi mereka. Pelbagai organisasi Islam yang turut sama menyertai perarakan mengungkapkan bahawa mereka ingin menyampaikan pesanan kepada seluruh umat Islam agar segera mengiktiraf dan memberikan sokongan terhadap pengisytiharan kemerdekaan Kosovo.
 
Shabri Bagouri, Pengerusi Imam Masjid Kosovo menyerukan agar masyarakat Islam antarabangsa mengiktiraf segera negara Kosovo yang mempunyai bilangan penduduk beragama Islam seramai 96 peratus daripada jumlah penduduknya seramai dua juta orang.
 
Shabri menegaskan bahawa negara Kosovo amat memerlukan sokongan politik negara-negara Islam demi mengukuhkan perancangan masa depan negara baru di rantau Balkan itu.

“Lebih-lebih sokongan ekonomi bagi membolehkan Kosovo bangkit menjadi negara maju,” tegas beliau. Meski majoriti penduduknya beragama Islam, namun pentadbir Kosovo melahirkan komitmen akan tetap melindungi etnik Serbia yang menjadi penduduk minoriti di negara itu.

Masyarakat minoriti tidak perlu khuatir kerana Islam mengajarkan untuk berbuat baik dengan siapa sahaja dan apa yang dilakukan penduduk Kosovo ketika ini adalah menuntut haknya yang sah untuk menjadi sebuah negara yang merdeka.

Penduduk Kosovo pasti tidak akan melupakan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh etnik Serbia terhadap masyarakat Islam di Kosovo pada era 1990-an. Ketika itu, keinginan masyarakat Kosovo untuk merdeka dijawab dengan penyembelihan beramai-ramai, perogolan, perampasan harta, dan pembersihan etnik. Etnik Albania terpaksa memilih antara menjadi pelarian atau dibunuh. Perang di Kosovo telah membunuh lebih 10 ribu rakyat Kosovo dari etnik Albania dan mengakibatkan hampir satu juta penduduk Kosovo menjadi pelarian.
 
Image

Kosovo, atau dalam bahasa Albania disebut sebagai Kosova, sebelumnya adalah sebuah negeri bahagian di bawah pentadbiran Serbia dengan status Daerah Autonomi sejak kemerdekaan Yogoslavia. Namun selepas Perang Kosovo, kawasan ini berada di bawah pentadbiran PBB.

Deklarasi kemerdekaan yang cuba disuarakan penduduknya selalu ditentang oleh Serbia. Usaha pertama pada tahun 1990 gagal kerana pencerobohan Serbia. Penentangan yang tidak seimbang antara Serbia dengan gerila Kosovo atau KLA ini menyebabkan tragedi pembunuhan dan pelarian secara beramai-ramai. NATO yang dipimpin oleh Amerika Syarikat mengusir Serbia dengan serangan udara selama 78 hari sejak September 1998. Kosovo kemudian berada di bawah perlindungan PBB dan NATO.

Etnik Albania memanggil Kosovo dengan nama Republik Kosova dan mengisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka secara senyap-senyap antara tahun 1990-1999, meski hanya diakui oleh Albania. Pada tanggal 17 Februari 2008 Kosovo mengisytiharkan memerdekakan secara rasmi dan mendapat sokongan dari negaranegara Eropah dan Amerika Syarikat.


Petikan dari Majalah i edisi April 2008
 
Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 14 April 2008 )
 
< Prev   Next >
Melbourne_FlindersSt.jpg
Zulhijjah
4
Wednesday
1429 HIJRAH
uoa_logo.jpg

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

2.JPG

Who's Online

Get Moolets