Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Ruangan Khas arrow Dari Editor arrow Selamat Memulakan Semester Baru 2008
Selamat Memulakan Semester Baru 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 29 February 2008

Seperti biasa penghujung Februari dan awal Mac merupakan detik-detik yang sangat bermakna bagi para pelajar yang menuntut di Australia dan New Zealand. Pada waktu inilah kebanyakan universiti di sana memulakan semester pengajiannya bagi tahun 2008. AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat belajar dan semoga maju jaya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Australia dan New Zealand yang telah dan akan memulakan pengajian masing-masing, khususnya mereka yang baru di tahun pertama. Mudah-mudahan segala urusan teknikal seperti pendaftaran universiti, accomodation, akaun bank, buku teks dan seumpamanya sudah selesai bagi membolehkan adik-adik untuk fokus pada pengajian masing-masing.

Image

Di sini juga AUSIS ingin berkongsikan sedikit tips sebagai panduan survival dan kejayaan semua pelajar di Australia dan New Zealand:
1- Jelas matlamat belajar di sana. Sentiasa memastikan tidak lari dari matlamat.
2- Sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Allah SWT.
3- Bijak memilih kawan. Tidak mudah terpengaruh dengan ajakan yang melalaikan.
4- Banyakkan merujuk pada senior-senior sama ada dalam urusan akademik atau hal-hal lain.
5- Study smart dan konsisten.
6- Amalkan pengurusan masa berkualiti. Tidak sesekali membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
7- Ketepikan sikap malu bertanya pada lecturer jika kurang faham.
8- Siapkan semua tugasan pada masanya. Jauhi sikap suka bertangguh.  
9- Amalkan budaya hidup yang seimbang termasuk kesihatan dan pemakanan.
10- Tunaikan semua hak orang lain seperti ibu bapa, teman serumah, lecturer, classmate dan lain-lain.


 

 

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Monday, 10 March 2008 )
 
< Prev   Next >
Melbourne_FlindersSt.jpg
Muharram
9
Tuesday
1430 HIJRAH
UNSW Logo.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

5.JPG

Who's Online

Get Moolets