Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Kenali AUSIS arrow Aktiviti AUSIS arrow 'Pelajar Hebat Bila Ibadatnya Hebat'
'Pelajar Hebat Bila Ibadatnya Hebat' PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 18 February 2008
Image Pada 12-13 Januari yang lalu, AUSIS telah bekerjasama dengan Biro Pembangunan Belia Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Jawatankuasa Penghayatan Amal Islami Kolej Mara Seremban (KMS) untuk menganjurkan Kem Mahasiswa Rabbani (KEMBARA) 2008. Seramai lebih kurang 140 orang pelajar KMS yang sedang menduduki tahun dua A-Level mengambil bahagian dalam program yang bertempat di Kompleks Pemurnian Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan.

Selaras dengan tema ‘Pelajar Hebat Bila Ibadatnya Hebat’, KEMBARA 2008 sarat dengan pengisian-pengisian bermanfaat yang bertujuan untuk melahirkan golongan mahasiswa rabbani yang sentiasa menyedari tanggungjawab sebagai muslim sejati. Antara tajuk-tajuk pengisian yang telah disampaikan ialah Sejarah Islam oleh Ustaz Zaidi bin Jalil dan Biomekanik Solat oleh Dr Yusof Abbas. Dr Yusof merupakan penulis buku ‘Biomekanik Solat’, sebuah buku popular yang meyingkap rahsia di sebalik solat dan kaedah untuk mencapai kesempurnaan dalam solat.

Peserta-peserta juga berpeluang untuk meraih pengalaman berharga daripada para fasilitator AUSIS yang pernah dan sedang menimba ilmu di Australia dan New Zealand. Melalui perkongsian secara formal dan informal dengan mereka, pelajar-pelajar A-Level KMS yang dijangka akan meneruskan pengajian di Australia dan New Zealand mendapat gambaran tentang suasana dan cabaran menuntut di luar negara. Cerita-cerita menarik serta nasihat-nasihat berguna yang diperolehi ternyata menguatkan lagi azam para peserta untuk mengikut jejak langkah senior-senior mereka.  

Diharapkan KEMBARA 2008 ini menjadi titik tolak bagi para pelajar KMS untuk berusaha mengejar kecemerlangan dalam segenap segi, termasuklah aspek akidah, ibadat dan akhlak. Akhir sekali, AUSIS mendoakan agar seluruh mahasiswa KMS akan berjaya dalam pengajian yang diduduki sekarang dan seterusnya berhasil melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara yang dicita-citakan.
Photobucket
Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Saturday, 01 March 2008 )
 
Next >
20051205202827!Koala_climbing_tree.jpg
Muharram
9
Tuesday
1430 HIJRAH
UNSW Logo.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

8.JPG

Who's Online

Get Moolets