Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Kenali AUSIS arrow Aktiviti AUSIS arrow Laporan Kem Lepasan SPM 2008
Laporan Kem Lepasan SPM 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 14 February 2008

Dua minggu selepas Program Semai Mesra 2008 berlangsung, Kem Lepasan SPM 2008 pula menyusul pada 1-3 Februari yang lalu juga di Bukit Cerakah, Shah Alam. Program tahunan untuk pelajar lepasan SPM edisi ketiga kali ini dianjurkan oleh AUSIS dengan kerjasama Persatuan Belia Nasional (PEMBINA) dan Kelab Remaja ISMA (KRIM). Program ini mendapat penyertaan yang sungguh menggalakkan dari pelajar-pelajar lepasan SPM seluruh negara. Dengan penyertaan melebihi 150 orang pelajar, Kem Lepasan SPM 2008 ternyata lebih hebat berbanding edisi-edisi sebelumnya.

Matlamat penganjuran program bercorak motivasi ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam merangka hala tuju pendidikan masing-masing selepas tamat SPM. Kem Lepasan SPM ini juga berhasrat untuk melahirkan generasi belia yang lebih peka pada persekitaran semasa dan sedar pada kepentingan mendaulatkan agama Islam. Para peserta berkesempatan untuk menimba pengalaman di samping menjalinkan ukhwah dengan senior-senior AUSIS yang pulang bercuti sempena musim panas dan juga para graduan AUSIS yang telah memulakan langkah di dalam alam pekerjaan.

 Image

Pelbagai aktiviti menarik telah mengisi Kem Lepasan SPM 2008 ini. Antara yang menjadi highlight ialah sesi perkongsian dan pengenalan terhadap jurusan-jurusan yang ditawarkan di universiti seperti kejuruteraan, perubatan, perakaunan, sains tulen dan biosains. Walaupun pembentangan ini kebanyakannya disampaikan oleh para mahasiswa Australia dan New Zealand, tetapi pengisiannya juga relevan untuk IPT-IPT luar negara yang lain dan juga dalam negara. Melalui sesi post-flow SPM pula, para pelajar mendapat gambaran tentang jalan yang perlu ditempuhi selepas SPM sehinggalah ke IPT.

Sebelum sesi penutup, satu bengkel ‘My Plan’ telah diadakan untuk memberi peluang bagi para peserta merancang perjalanan mereka selepas SPM sehingga ke menara gading. Aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah sesi team building dan forum perdana. Selain daripada program berunsur ilmiah, terdapat juga sesi kuliah dan tazkirah untuk santapan rohani yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan seperti Ustaz Abdul Halim bin Abdullah dan Ustaz Mohd Fauzi bin Asmuni. Dalam Kem Lepasan SPM 2008 ini juga, saudara Mohd Arshad bin As’ari dari SBPI Batu Rakit dan saudari Mas Amira binti Abdul Ghani dari MRSM Tun Ghafar Baba telah dipilih sebagai Tokoh Peserta Terbaik bagi lelaki dan perempuan masing-masing.

(Gambar secara melintang dan ke bawah)
1. Salah seorang pembentang untuk sesi pengenalan kursus pengajian di universiti
2. Presiden AUSIS menyampaikan amanatnya kepada para peserta
3. Khusyuk menghadam segala maklumat yang diperolehi
4. Para peserta sedang enak menjamu selera
5. Adik Mohd Arshad yang merupakan Peserta Lelaki Terbaik Kem Lepasan SPM 2008
6. Keceriaan jelas tergambar di kalangan peserta
7. Antara aktiviti yang memupuk kerjasama sesama ahli kumpulan
8. Bergambar beramai-ramai untuk kenangan selamanya

Secara keseluruhannya, Kem Lepasan SPM tahun ini telah berlangsung dengan jayanya di mana para peserta ternyata begitu berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi sepanjang program. Kehadiran fasilitator-fasilitator yang peramah dan sentiasa sedia untuk membantu juga menceriakan lagi program. Harapan AUSIS agar semua peserta berjaya dalam setiap bidang yang diceburi pada masa hadapan, seterusnya mampu menyumbang untuk kecemerlangan agama, bangsa dan negara.

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Tuesday, 26 February 2008 )
 
< Prev   Next >
opera house.jpg
Muharram
9
Tuesday
1430 HIJRAH
UNSW Logo.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

1.JPG

Who's Online

Get Moolets