Kenali AUSIS
Khabar Warga AUSIS
"Barakallahu lakuma" | "Barakallahu lakuma" |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||
| Saturday, 09 February 2008 | |||||||
Seluruh ahli keluarga AUSIS mengucapkan tahniah buat Presiden AUSIS, Tuan Haji Abdul Halim bin Abdullah sekeluarga atas pekahwinan anak sulung beliau, Uswah Hasanah bt Abdul Halim. Uswah Hasanah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Shuhaib ar-Rumy bin Selamat pada 1 Februari 2008 yang lalu di Masjid As-Salam, Hayyu Al-Asyir, Cairo.AUSIS memanjatkan doa buat pasangan pengantin baru: “Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fil khair”. Ternyata Uswah Hasanah mengikut jejak langkah kedua orang tuanya berkahwin di luar negara ketika masih di alam pengajian. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tuan Haji Abdul Halim sekeluarga. Kepada Uswah Hasanah dan suami, semoga Allah SWT melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah ke atas perkahwinan kalian. Berikut dipaparkan petikan daripada tulisan Tuan Haji Abdul Halim berkenaan kelebihan-kelebihan berkahwin di luar negara. Di antara kelebihan berkahwin di luar negara ialah : (1) Dengan berada jauh dari sanak saudara dan berbagai ragam masyarakat sekeliling yang banyak menyibukkan pemikiran, di luar negara kita dan isteri boleh lebih banyak masa dan lebih fokus mengenali lebih tepat pasangan kita, membaca setiap tindakbalas pasangan terhadap kejadian-kejadian dalam rumahtangga dan di luar dengan lebih tepat. Ramai pasangan yang walau telah berlalu masa yang panjang tetapi mempunyai masalah dalam memahami jiwa dan perasaan pasangan, berkomunikasi dan sebagainya. (2) Sekiranya dikurniakan Allah zuriat di luar negara, seperti di atas, kita boleh memberikan fokus yang lebih terhadap anak-anak kerana medan dan tanggungjawab hidup di luar negara adalah kecil berbanding di tanahair sendiri. Sekiranya anak mula bersekolah dan bergaul dengan selain Melayu, sifat-sifat positif yang ada pada kawan-kawan bangsa lain akan mudah ditanam dalam jiwa anak kita seperti berani, proaktif, terus terang berbanding sifat ramai orang Melayu yang memendam rasa, suka tunggu dan lihat dan sebagainya. (3) Aktiviti-aktiviti Islam di luar negara banyak memerlukan keterlibatan orang yang telah berumahtangga lebih-lebih lagi untuk mengawal pergaulan diantara lelaki dan wanita pelajar yang belum diikat Syarak. Saya banyak memerhatikan di berbagai negara yang dilawati, apabila tiada di sana pasangan yang berkahwin di sesuatu tempat, hubungan atau interaksi pelajar Malaysia lelaki dan wanita akan menjadi lebih intim dan boleh menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini Syarak. Ia ada berlaku dalam aktiviti-aktiviti Dakwah, apatah lagi dalam aktiviti-aktiviti biasa yang lain. (4) Tanpa kehadiran ibu ayah bersama pelajar Malaysia di luar negara, sering mereka menganggap pasangan yang telah berumahtangga, apatah lagi yang telah berusia pula, sebagai tempat mengadu, bernaung dan apa sahaja yang membawa erti menumpang kasih dan ukhuwwah. Ini yang saya sendiri rasakan di Australia semasa di alam bujang. Kekadang kekusutan saya boleh selesai hanya dengan pergi menziarahi kawan yang telah berumahtangga di rumahnya dan berbual seketika. (5) Rata-rata pelajar di luar negara adalah di dalam usia remaja atau belia. Dalam usia sebegini, isu berkahwin harus difikirkan secara serius bukan sahaja untuk mengelak perkara yang tidak diingini Syarak, malah peningkatan mereka di dalam penghayatan Islam dan Dakwah terus maju tanpa terencat dan merugikan masa keemasan mereka.
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||
| Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 ) | |||||||
| < Prev | Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Muharram |
| 9 Tuesday |
| 1430 HIJRAH |


Kem Lepasan SPM 2008
saya muhammad ridhwan berminat sangat...
Kem Lepasan SPM 2008
ee..bunyik cam best aje...sy harap ke...
Tips memudahkan pema...
KENAPA PALESTIN ?
Eidul Fitr Celebrati...
In link:http://www.wowgold1000.com p...