Artikel
Dunia Islami
Renungan Di Sebalik Kisah Kehilangan Adik Sharlinie | Renungan Di Sebalik Kisah Kehilangan Adik Sharlinie |
|
|
|
| Written by Administrator | |||||||||||||||||||||||||||||||
| Wednesday, 30 January 2008 | |||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sudah lebih tiga minggu berlalu sejak kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar ketika sedang bermain berhampiran rumahnya pada 9 Januari yang lalu. Belum pun sempat kes penculikan dan pembunuhan kejam Nurul Jazlin menemui noktahnya, masyarakat sekali lagi digemparkan dengan peristiwa hampir serupa. Sekaligus melontarkan persoalan, adakah Malaysia tidak lagi selamat bagi warganya? Indeks jenayah yang semakin meningkat seolah-olah mengiyakan kenyataan tersebut. Tersentak dengan kes adik Sharlinie ini, pelbagai pihak tampil menyuarakan pandangan. Salah satu polemik yang hangat dibicarakan ialah penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) secara menyeluruh khususnya di kawasan berisiko jenayah tinggi. Ramai berpendapat bahawa pemasangan CCTV adalah penyelesai masalah jenayah seterusnya mewujudkan persekitaran selamat. Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh pengaruh filem-filem penyiasatan Barat. Pada masa sama, syarikat-syarikat pembekal CCTV mengambil kesempatan atas isu ini untuk mempromosikan produk mereka.
(Dipetik dari The Star, 23hb Januari 2008, CW Kee) Namun benarkah dengan pemasangan CCTV maka kadar jenayah akan turun ke paras sifar? Atau selepas ini tiada lagi penjenayah yang terlepas daripada pengadilan? Pengalaman mengajar kita bahawa semakin hebat teknologi yang digunakan oleh pihak berkuasa, lebih canggih lagi kepakaran para penjenayah. Bagaimana pula dengan kegiatan jenayah seperti rasuah atau pecah amanah yang tidak mampu dirakam oleh CCTV? Dari segi logik akal pula, penjenayah akan memindahkan aktivitinya ke kawasan yang tidak dilengkapi CCTV. Kesimpulannya, jenayah akan tetap berlaku dalam masyarakat. Bukan meremehkan usaha pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan keselamatan, namun penulis ingin mengingatkan bahawa penggunaan CCTV tidak lebih daripada langkah keselamatan tambahan, bukannya penghapus masalah jenayah. Penyelesaian ‘kosmetik’ semata-mata, tanpa usaha merawati pokok pangkal penyakit, tidak akan menghasilkan kesan positif yang didambakan. Menilai isu ini berlandaskan neraca Islam, pelanggaran hukum atau syariat sebenarnya berlaku kerana tipisnya keimanan dalam jiwa manusia serta tiada lagi rasa kehambaan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW menegaskan hakikat kejadian manusia dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa segumpal darah itu ialah hati” (Muttafaq ‘Alaih). Hati yang tandus daripada keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT akan sentiasa terdedah kepada kerosakan. Walau seberat manapun hukuman atau secanggih mana pun teknologi keselamatan, tidak akan menjamin masyarakat yang bebas daripada pelanggaran undang-undang tanpa iman dan takwa sebagai benteng di dalam jiwa. Lantaran itu, Islam sangat menekankan usaha mendidik hati supaya mengenal dan mengagungkan Allah SWT, hormat pada hukum syariat, takut pada balasan azab neraka serta rindu pada ganjaran syurga. Proses pendidikan atau pentarbiyyahan adalah proses yang berterusan dan memakan masa yang panjang kerana bukan mudah untuk membentuk hati manusia. Tetapi apabila iman sudah bertapak kukuh, maka lahirlah manusia yang berakhlak mulia seterusnya masyarakat yang harmoni. Sebagaimana Rasululllah SAW berjaya membina generasi sahabat teladan yang penuh dengan kemuliaan, melaksanakan kebaikan dan mengarahkan dunia kepada kebenaran. Benarlah firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah ar-Ra’d – ayat 11). Ketakwaan yang sempurna kepada Allah SWT akan memastikan manusia sentiasa berpegang kukuh kepada syariatNya. Pendek kata, mereka yang benar-benar beriman tidak akan melanggar undang-undang atau melakukan jenayah. Bukankah ini langkah pencegahan yang paling efektif? Kalaupun orang beriman melakukan kesalahan, mereka akan segera bertaubat sepertimana sejarah telah mengisahkan pasangan berzina yang menyerah diri kepada Rasulullah SAW untuk meminta dihukum berlandaskan syariat. Ketakutan kepada azab neraka Allah SWT yang dahsyat membuatkan mereka lebih rela dihukum di dunia. Peristiwa kehilangan adik Sharlinie sepatutnya menyedarkan kita tentang situasi yang mewarnai masyarakat pada hari ini. Keruntuhan moral sudah semakin kronik sehingga tiada jaminan bahawa kita dan keluarga kita akan selamat daripada ditimpa kes serupa. Di sebalik keghairahan sesetengah pihak melaksanakan inisiatif seperti pemasangan CCTV, usahlah kita dilalaikan daripada pokok pangkal masalah, yakni jiwa yang gersang daripada iman dan takwa kepada Allah SWT. Justeru impian untuk mewujudkan persekitaran jenayah sifar perlu bermula dengan proses pentarbiyyahan hati berlandaskan ajaran Islam sebenar. oleh: aljannatulfirdaus
Powered by !JoomlaComment 3.20
3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||
| < Prev | Next > |
|---|

| Home |
| Sembang AUSIS |
| Kenali AUSIS |
| Guides |
| Artikel |
| Multimedia |
| Ruangan Khas |
| Zulhijjah |
| 4 Wednesday |
| 1429 HIJRAH |


Tips memudahkan pema...
Kem Lepasan SPM 2008
wsalam.. kem lepasan spm utk lepasan2...
Kem Lepasan SPM 2008
salam.. saya berminat untuk mendafta...
Keutamaan Zuhud Di D...
image: link: zuhud adlh sifat yg ...
Kem Lepasan SPM 2008
waalaikumussalam. utk program akan dt...