Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Kenali AUSIS arrow Aktiviti AUSIS arrow Laporan Semai Mesra 2008
Laporan Semai Mesra 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 28 January 2008
Image Alhamdulillah, atas keizinan daripada Allah SWT, Program Semai Mesra (PSM) telah dilangsungkan dengan jayanya pada 18-20 Januari yang lalu. Program tahunan anjuran AUSIS ini bertujuan untuk membina hubungan di antara adik-adik yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia/New Zealand dengan senior-senior AUSIS dari kalangan pelajar yang  balik bercuti dan graduan yang sudah bekerja.
 
PSM edisi ke-9 yang diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam kali ini berhasil mengumpulkan lebih 150 warga AUSIS dari pelbagai generasi. Antara aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program termasuk sesi perkongisan pengalaman, teambuilding, treasure hunt, pengisian rohani, Fiqh of Travellers, forum perdana dan tayangan video. Program kali ini ternyata benar-benar memberi manfaat kepada para peserta dalam mempersiapkan mereka dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran-cabaran sepanjang pengajian di Australia/New Zealand nanti.

 Berikut adalah sebahagian komen-komen daripada para peserta:
 
“Saya dapati program ini memang menyeronokkan. Maklumlah kami masih dalam kebingungan tentang persiapan untuk ke Australia/New Zealand.”

“Senior-senior AUSIS semuanya baik-baik, very helpful & full of information (walking encyclopedia of Australia).”

“This program is good & important for the new students so that they will be well informed about the do’s & don’ts before departure, upon arrival and also while studying in Australia/New Zealand.”

Harapan AUSIS agar adik-adik yang akan melanjutkan pengajian ke Australia/New Zealand akan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran masing-masing dan pada masa yang sama masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslim sejati. Semoga semuanya menjadi insan yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Di sini disertakan beberapa foto untuk tatapan bersama. 

 
Wartawan Rasmi Semai Mesra 2008

 

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 )
 
< Prev   Next >
koala.jpg
Muharram
9
Tuesday
1430 HIJRAH
uoa_logo.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

sm6.JPG

Who's Online

Get Moolets