|
Kem Lepasan SPM Siri Ke-4 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 26 November 2008 |
|
Kem Lepasan SPM Siri Ke-4 kembali lagi menemui adik-adik yang baru selesai menamatkan peperiksaan SPM. Program tahunan yang sebelum ini pernah dianjurkan oleh AUSIS kini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Seperti edisi-edisi sebelumnya, objektif Kem Lepasan SPM adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM untuk merangka hala tuju pendidikan masing-masing selepas SPM melalui perkongsian pengalaman dan jalinan ukhuwwah bersama senior-senior yang sedang bercuti dan para graduan yang sudah melangkah ke alam pekerjaan. Untuk edisi kali ini, Kem Lepasan SPM akan dilaksanakan di Kem Sri Raudah, Gombak pada 26-28 Disember 2008. Aktiviti-aktiviti menarik yang menanti para peserta seperti sesi penerangan dan panduan pemilihan kursus di universiti, perkongsian pengalaman dengan senior-senior, bengkel dalam kumpulan untuk merangka pelan masa depan, aktiviti outdoor dan teambuilding, serta pengisian-pengisian rohani. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun poster dan pamplet di bawah. Anda juga boleh layari Laman Web PEMBINA atau Laman Rasmi Kem Lepasan SPM 2008. Pastikan anda mendaftarkan diri dengan segera!!!
|
|
Last Updated ( Wednesday, 26 November 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 03 September 2008 |
|
Alhamdulillah Allah SWT memberi peluang untuk kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh barakah dan kemuliaan. Inilah bulan rahmat, bulan barakah, bulan maghfirah, bulan Al-Quran, bulan jihad, bulan tarbiyyah serta bulan Lailatul Qadar. Pihak AUSIS ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat seluruh warga AUSIS sekalian. Semoga kita memanfaatkan sepenuhnya nikmat Ramadhan ini dengan pengisian amal-amal soleh seperti puasa, solat fardhu berjemaah, zakat, tadarus Al-Quran, solat tarawih, solat tahajjud, sadaqah, zikrullah dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan Allah SWT memanjangkan usia kita ke penghujung Ramadhan, seterusnya menerima segala amalan yang dilakukan sepanjang bulan mulia ini. “Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Walillahilhamd !!” Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak ini juga, AUSIS memberi peluang kepada seluruh warga AUSIS khususnya mereka yang berada di perantauan untuk menyampaikan perutusan Ramadhan melalui ruangan khas 'Salam Ramadhan AUSIS'. Sesiapa yang berminat untuk menyertai ruangan ini boleh menghantar e-mel ucapan beserta gambar (optional) kepada
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view. Kunjungi ruangan 'Salam Ramadhan AUSIS' untuk membaca perutusan-perutusan yang telah dikirimkan.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 03 September 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Semester Baru Menjelang Lagi |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 26 July 2008 |
|
Setelah lebih sebulan menikmati tempoh percutian sempena musim sejuk, kini tibalah masa untuk para penuntut universiti-universiti di Australia dan New Zealand kembali meneruskan pengajian masing-masing. Mudah-mudahan nikmat masa lapang yang diperolehi telah dimanfaatkan sebaiknya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat dikategorikan sebagai ibadah kepada Allah SWT. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (az-Zaariyat: 56). AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat memasuki semester yang baru khusus buat para pelajar Malaysia di Australia dan New Zealand. Begitu juga buat adik-adik yang berada di kolej-kolej persediaan di seluruh Malaysia. Semoga kedatangan semester baru kali ini mendorong kita semua untuk meningkatkan lagi usaha bagi mencapai kecemerlangan sekaligus memartabatkan agama, bangsa dan negara.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 03 September 2008 )
|
|
|
Selamat Memulakan Semester Baru 2008 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 29 February 2008 |
|
Seperti biasa penghujung Februari dan awal Mac merupakan detik-detik yang sangat bermakna bagi para pelajar yang menuntut di Australia dan New Zealand. Pada waktu inilah kebanyakan universiti di sana memulakan semester pengajiannya bagi tahun 2008. AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat belajar dan semoga maju jaya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Australia dan New Zealand yang telah dan akan memulakan pengajian masing-masing, khususnya mereka yang baru di tahun pertama. Mudah-mudahan segala urusan teknikal seperti pendaftaran universiti, accomodation, akaun bank, buku teks dan seumpamanya sudah selesai bagi membolehkan adik-adik untuk fokus pada pengajian masing-masing. 
|
|
Last Updated ( Monday, 10 March 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 24 January 2008 |
 Australia Hello future overseas students! Coming to Australia this February? Prepared everything but don't really know what to expect in Australia? What.. you don't even know where (geographically) you're going? Well, Australia is a big country with a small population (relatively). It has a population of 22 million (compared to Malaysia of 24 million). The whole country is so big that it covers most of America if placed on top of it. But to know more of Australia, the country geographically, click on the link below. And if you have already booked an accomodation when you come here, you can find where it is and how far it is from the city (so, you can go shopping afterwards!). Interactive Australia Map
|
|
Last Updated ( Sunday, 10 February 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|