Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Artikel arrow Dunia Islami
Dunia Islami
Renungan Di Sebalik Kisah Kehilangan Adik Sharlinie PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 30 January 2008

Image

Sudah lebih tiga minggu berlalu sejak kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar ketika sedang bermain berhampiran rumahnya pada 9 Januari yang lalu. Belum pun sempat kes penculikan dan pembunuhan kejam Nurul Jazlin menemui noktahnya, masyarakat sekali lagi digemparkan dengan peristiwa hampir serupa. Sekaligus melontarkan persoalan, adakah Malaysia tidak lagi selamat bagi warganya? Indeks jenayah yang semakin meningkat seolah-olah mengiyakan kenyataan tersebut.
 
Tersentak dengan kes adik Sharlinie ini, pelbagai pihak tampil menyuarakan pandangan. Salah satu polemik yang hangat dibicarakan ialah penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) secara menyeluruh khususnya di kawasan berisiko jenayah tinggi. Ramai berpendapat bahawa pemasangan CCTV adalah penyelesai masalah jenayah seterusnya mewujudkan persekitaran selamat. Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh pengaruh filem-filem penyiasatan Barat. Pada masa sama, syarikat-syarikat pembekal CCTV mengambil kesempatan atas isu ini untuk mempromosikan produk mereka.

 

Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 )
Read more...
 
Dunia lupakan keperitan penduduk Gaza PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 23 January 2008

Image
Gaza diserang

 

Semenanjung Gaza ialah sebuah wilayah kecil Palestin yang terletak di persisiran pantai di selatan negara tersebut. Gaza yang hanya mempunyai keluasan sebanyak 363 km persegi ini diduduki oleh kira-kira 1.4 juta penduduk, menjadikannya sebagai antara kawasan terpadat di dunia. Menurut Dr. Mohsein Soleh, Pengarah Institut Zaytounah yang berpusat di Beirut menjelaskan bahawa lebih daripada 800 ribu penduduk Gaza adalah pelarian Palestin yang datang dari kawasan-kawasan yang dijajah Israel sejak tahun 1948 lagi. Gaza sebagaimana wilayah-wilayah Palestin yang lain ditekan dan dicengkam dengan keganasan Yahudi sejak kira-kira 60 tahun yang lalu, kini terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis yang memuncak sejak enam bulan yang lalu.

Last Updated ( Wednesday, 23 January 2008 )
Read more...
 
Kisah Raja Munirah Jadikan Pengajaran PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 09 November 2007
Akhirnya Raja Munirah, 22 tahun merengkok dalam penjara di Jepun selama 7 tahun 4 bulan. Beliau mengaku “bersalah” membawa dadah syabu dalam beg hadiah Milad, seorang Iran, lalu ditahan pada 20.12.2006 di Lapanganterbang Narita, Tokyo, kononnya ditawar temuduga kerja di Jepun oleh Milad. Selepas menjalani hukuman, umur Raja Munirah akan mencecah 30 tahun yang bermakna umur keemasan 20an bagi seorang wanita dihabiskan di dalam penjara, jauh dari keluarga dan tanahair.
Last Updated ( Friday, 08 February 2008 )
Read more...
 
Kita Selangkah, Mereka Sudah Berpuluh Langkah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 14 September 2007
MalaysiakuBeberapa hari yang lepas, terdengar rakaman perbualan ekslusif mantan PM di radio IKIM sempena 50 tahun merdeka. Satu kenyataan menarik dari beliau ialah," Malaysia kearah negara maju mengikut acuan kita pada 2020 dan kita kena ingat ketika itu negara yang sudah maju akan terus berlipat kali ganda kemajuan mereka”. Dalam fikiran penulis ingin menambah ayat seperti berikut," Dalam bidang ekonomi, pemilikan harta dan pelajaran,orang-orang Cina sudah terlalu jauh meninggalkan bangsa-bangsa lain di Malaysia, pada 2020 nanti berlipat-lipat kali ganda mereka akan meninggalkan orang-orang Melayu khasnya. Walaupun kononnya politik dan ketenteraan di tangan orang-orang Melayu tetapi pada hakikatnya benarkah begitu?
 
Last Updated ( Friday, 08 February 2008 )
Read more...
 
Bahaya Kerjasama Dengan Penjajah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 07 August 2007
iraq
Perpaduan di antara berbagai parti Sunni, Syiah, Kurdi dan lain-lain di dalam Kerajaan Iraq hari ini semakin menemui jalan buntu ekoran ketundukan Perdana Menteri, Nuri Maliki dan parti Syiahnya yang bulat dengan arahan dan plan strategi Amerika yang menceroboh dan menjajah Iraq selama ini dan mengenepikan kepentingan Iraq dan umatnya. Sudah dimaklumi bahawa diantara yang mengundang Amerika untuk menceroboh Iraq dan menjatuhkan Saddam Hussein ialah sebahagian puak Syiah yang sering menhadapi tekanan di zaman pemerintahan Saddam.
 
Last Updated ( Tuesday, 07 August 2007 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Results 19 - 27 of 34
koala.jpg
Muharram
9
Tuesday
1430 HIJRAH
uniadelaide-logo.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

7.jpg

Who's Online

Get Moolets