|
Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanji Allah |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 21 July 2008 |
|
 Bulan Rejab kini menjelang lagi. Ia bulan Israk Mikraj. Ia bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke langit pada malam 27 Rejab 620M. Di sini pernah didiami ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka. Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam Kurun 11 dan 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka mereka datang semula bila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan & Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat ini. Atas nama persidangan PBB, Negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan menang majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.
|
|
Last Updated ( Monday, 28 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 30 June 2008 |
|
 SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60) Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (riwayat Tirmidzi)
|
|
Read more...
|
|
|
Koloni Semut Beri Pengajaran Wujud Masyarakat Bersatu |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 20 June 2008 |
|
 SUATU kenyataan menakjubkan apabila menyaksikan ribuan semut tanpa mengguna tutur kata yang dapat didengari serta difahami manusia begitu teratur dan tersusun dalam menyempurnakan tugasnya. Semut menggunakan isyarat seni tanpa bahasa untuk saling mengerti dan memahami. Dalam masyarakat semut sebenarnya, ada kesepakatan seni serta bererti iaitu kesepakatan, kerjasama, gotong-royong yang memudahkan usaha pembangunan masyarakat semut yang aktif dan padu. Kesepakatan, bergotong royong, bantu membantu di kalangan masyarakat semut sebenarnya jika dipupuk dan distruktur dengan hati-hati di kalangan manusia secara positif, sihat dan membina boleh memudah serta melipatgandakan usaha pembangunan.
|
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Menghadapi Tekanan Peperiksaan |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 20 May 2008 |
|
 Peperiksaan merupakan satu kemestian bagi setiap yang bergelar pelajar; merupakan medan untuk menentukan kelayakan dan kemampuan seorang pelajar dalam memahami apa yang telah dipelajari. Perlumbaan untuk mendapatkan keputusan yang baik merupakan satu lumrah yang amat baik sekiranya berlaku dalam suasana yang sihat. Sebaliknya, perlumbaan juga boleh menjadi punca tekanan dalam diri pelajar sekiranya tidak menghadapinya dengan betul. Tekanan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya, yang paling penting adalah cara belajar seseorang itu. Pelajar yang melakukan persediaan awal akan lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan. Kelalaian yang berlaku di awal musim pengajian boleh menjadi punca berlakunya tekanan bagi kebanyakan pelajar. Justeru, pengurusan masa yang efektif amat penting terutama dalam menghadapi detik-detik akhir sebelum menjelang hari peperiksaan.
|
|
Read more...
|
|
|
Sebelum anda menyaksikan apa yang dilihat mimpinya |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 05 May 2008 |
|
Pada suatu hari, sahabat saya menceritakan mimpi yang dilihatnya. Mimpi itu berulang kira-kira setahun sekali. Sekalipun permulaan dan individu yang  terlibat berbeza, namun peristiwa dan kesudahannya tetap sama. Kesudahan tersebut cukup mengganggu diri dan memusnahkan kehidupannya. Keadaan ini mendesaknya untuk menceritakan mimpi tersebut kepada saya. ”Saya bermimpi langit menutupi bumi. Bukit bukau berterbangan seperti kapas. Lautan terbakar. Manusia diseru: Ayuh mengadap Tuhan yang Maha Perkasa pada Hari Perhitungan amal. Lalu mereka berhimpun dari segenap pelusuk, berdiri di bumi Mahsyar. Matahari begitu dekat dengan kepala mereka. Peluh membanjiri mereka. Hati mereka dikuasai susah hati, rungsing dan dukacita. Suara tangisan, keluhan sesal dan raungan duka di mana-mana. Semua menangis kerana kedahsyatan yang dialami. Semua sesal akan waktu yang dihabiskan bukan untuk mentaati Allah. Semua berduka kerana tidak membuat persiapan untuk hari yang menggerunkan ini. Semua berangan-angan untuk kembali ke dunia untuk membuat persediaan kembali. Semua bimbang untuk menghadapi perhitungan. Dan selepas itu, sama ada ke syurga atau pun neraka.
|
|
Last Updated ( Monday, 05 May 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
| Results 10 - 18 of 49 |