|
Apabila Umat Celaru Idola |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 23 November 2008 |
|
 Dalam mendidik sesebuah umat, di samping pelajaran di sekolah dan tunjuk ajar di media massa, penonjolan idola memainkan peranan penting yang sangat memberi kesan. Oleh itu Rasulullah saw di samping menyuntik Al-Quran ke dalam diri dan negara, Baginda saw juga menonjolkan idola-idola agar masyarakat di Madinah ketika itu mudah mencontohi idola tersebut. Idola yang tertinggi ialah seperti berikut: 1. Sahabat 10 orang yang dijanjikan syurga. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Tahlah Ubaidillah, Saad Abi Waqqas dll. 2. Ahli Badar iaitu 313 sahabat yang menyertai Perang Badar yang merubah sejarah bukan sahaja Arab tetapi sejarah kemanusiaan, seperti kata Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilal. 3. Ahli Bai’ah Ridwan seramai ~1500 orang. Firman Allah swt bermaksud, ”Sesungguhnya Allah redha kepada orang-orang beriman, ketika mereka berbai’ah (ikat janji setia) di bawah pohon tersebut …” (Al-Fath:18). Ketika itu Sayyidina Uthman Affan disangka dibunuh Quraisy ketika perundingan Hudaibiyah, lalu Nabi saw mengajak mereka berbaiah untuk membalas kematian Uthman ra. 4. Isteri-isteri Baginda saw digelar Allah sebagai “Ummahatul Mukminin” (Ibu-ibu orang-orang beriman).
|
|
Last Updated ( Sunday, 23 November 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Steadfastness After Ramadan |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 06 October 2008 |
|
 Muslims do wait for the blessed month of Ramadan year after year, hoping that Almighty Allah may bestow mercy and forgiveness on them and keep them away from the Hellfire. They start Ramadan extremely enthusiastic to worship Almighty Allah sincerely. They dust off their copies of the Qur’an and begin reading it daily. Moreover, most of them vie in finishing to read it completely whether one, two, or three times or more in Ramadan. Muslims also show great interest in offering the Tarawih Prayer and Tahajjud (late night Prayer). We see mosques full of people offering Prayers at times of the prescribed Prayers and even at other times to the extent that some may not find place inside the mosque and resort to praying on the pavement adjacent to the mosque. Muslims also show the best qualities in them in this blessed month. They offer the poor and the traveling iftar meals and give charity to the poor and needy. This, in fact, is the true Islamic atmosphere that should prevail all the year. But one wonders if Muslims will keep practicing these good acts also after Ramadan.
|
|
Read more...
|
|
|
Amalan Sunnah Di Hari Raya |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 30 September 2008 |
|
Di dalam Islam hanya ada dua perayaan yang disyariatkan, iaitu Eidul Fitri dan Eidul Adha. Anas bin Malik r.a. berkata, “Tatkala Nabi s.a.w. datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari untuk bersenang gembira sebagaimana di waktu jahiliyyah, lalu baginda bersabda, ‘Saya datang kepada kalian, dan kalian memiliki dua hari raya untuk bersenang gembira sebagaimana di waktu jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik; (iaitu) Eidul Adha dan Eidul Fithri’." (Shahih, riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Nasa’i) Berikut ini beberapa amalan-amalan sunnah dilakukan pada hari raya: 1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Eidul fitri . Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha." (Lihat Al Wajiz, hal 47). Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata: "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya: mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
|
|
Last Updated ( Tuesday, 30 September 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 25 September 2008 |
|
 BULAN Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana Allah SWT meluaskan rahmat-Nya agar menaungi seluruh hamba-hamba- Nya yang tekun beribadat dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar. Padanyalah diturunkan al-Quran yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5). Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatul qadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1,000 bulan.
|
|
Read more...
|
|
|
Roh Nuzul al-Quran Ubah, Bina Peradaban Ummah |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 17 September 2008 |
|
 PERISTIWA Nuzul al-Quran antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa. Peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat. Allah berfirman bermaksud: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107) Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata "al-Quran mukjizat akhir zaman" atau "al-Quran yang mempunyai mukjizat". Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar dianugerahkan Allah kepada Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran.
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
| Results 1 - 9 of 49 |