|
Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 04 July 2008 |
|
Shahril melangkahkan kakinya memasuki bas Transnasional itu. Setelah membayar tambang RM1.50, dia pun mengambil tempat duduk di bahagian tengah bas itu. Beg pakaiannya diletakkan di kerusi besebelahan denganya. Pada waktu tengah hari begini, tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini, jadi Shahril tidak perlu risau untuk mengalihkan begnya itu kerana masih terlalu banyak kerusi yang kosong. Bas pun mula bergerak. Shahril menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Kini dia sudah bergelar lepasan sekolah itu. Baru beberapa jam yang lalu Shahril bersama-sama dengan rakan-rakannya bersorak gembira kerana peperiksaan SPM telah selesai. Kini, dia bersendirian di dalam bas itu. Semua kawankawannya pulang dengan ibu bapa masingmasing, kerana ingin membawa barang yang banyak; maklumlah sekolah berasrama penuh. Shahril lebih suka pulang dengan bas kerana tidak mahu menggangu ibu dan ayahnya yang bekerja.
|
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Kedamaian Dalam Perjuangan |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 01 June 2008 |
|
Warna-warna indah dunia, Yang menyinar dan mewangi; Sering kali saja menggoda, Sering kali saja diingini.
Aku hanya insan biasa, Dia alam sementara ini; Ada sedih ada gembira, Ada nafsu ada hati.
Aku bukan sempurna, Ku akui kelemahan diri; Masa lampauku ada nista, Yang ku sesali hingga kini.
|
|
Read more...
|
|
|
The Story of a Boy and His Fence |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 20 April 2008 |
|
Recently I witnessed an incident of a man who lost his cool. The issue was quite simple. If he had had just a little bit of patience, he could have gracefully  solved the problem. Instead, he snapped and made the situation worse than it actually was. As one of the unwilling spectators, I shied away and left the place, wanting not to watch the display of anger anymore. As I was walking, I kept on thinking. Why must we keep losing our temper? I know this man is not unique. I had a fair share of losing my cool too. Millions of us are just like him at times, right? What can we say? We are just human! OK, I know that is the usual excuse whenever we make any mistakes. But seriously, no matter how true that statement is, I think there is an extension to that answer. There should be a "but" after the word human. I am only human. That is definitely right. But it should be continued with "but I am a Muslim." Yes, the full sentence should be "I am only human but I am a Muslim."
|
|
Last Updated ( Sunday, 20 April 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 03 April 2008 |
|
Seusai solat subuh & membaca al-ma’thurat aku duduk di ruang tamu rumah mama & abahku yang masih utuh berdiri melindungi dari hujan panas. Aku  terlelap tatkala fikiranku melayang-layang teringatkan ibu kota dengan hiruk pikuk yang merimaskan jiwa.Mamaku masih di dapur menyiapkan sarapan pagi. Jarang-jarang dapat merasa masakan mama terutama pada pagi hari. Biasanya dibeli saja sarapan di kedai berhampiran. Tugas beliau berbakti kepada masyarakat dengan menjadi guru di pusat pra sekolah menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Matahari mula menampakkan diri menerangi alam semesta. Sinaran terang melimpah masuk ke ruang tamu melalui celahan tingkap yang terbuka. Cahaya yang terang beransur panas singgah di mukaku. “ Dah cerah rupanya, ” getus hatiku. Aku menuju ke jendela, melemparkan pandangan ke halaman rumah yang baru dibersihkan. Kokokan ayam diselangi siulan burung bersahut-sahutan menenangkan minda. Sedang asyik aku menikmati keindahan pagi, fikiranku teringatkan isi kuliah maghrib yang disampaikan Ustaz Bani malam semalam. Seolah masih terngiang-ngiang di telinga apa yang disebutkan ustaz.
|
|
Last Updated ( Thursday, 03 April 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 10 February 2008 |
|
Dunia dulu, bersuara merdu, gemersik angin, menyapa burung, membalas panggilan ombak, yang mengharap belai kasih insan. anak-anak kecil tertawa riang, sambil yang muda berlembut jiwa, yang tua tiada kucar. aku mengenali sebuah tanah, yang mengandung empayar tersohor. rajanya mulia kerana keikhlasannya, rakyatnya aman kerana akhlaknya, kebun-kebunnya indah kerana rahmat Yang Esa.
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 9 of 11 |