|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 24 August 2008 |
|
 ‘Barakallahu lakuma wa alfun mabruk 'alaikuma’ diucapkan buat pasangan pengantin baru, Akh Muhammad Ikhwan B. Ilias dan Ukhti Siti Nurhazwani Bt. Kamarudin yang telah mendirikan rumah tangga mereka baru-baru ini. Kedua-duanya telah selamat diijabkabulkan atas keizinan Allah SWT pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008 lepas di Kelana Jaya, Selangor. Majlis walimah sebelah perempuan telah berlangsung pada 22 Ogos di Kelana Jaya sementara majlis walimah pihak lelaki dirancang akan berlangsung pada Januari tahun hadapan. Seluruh warga AUSIS memanjatkan doa buat Akh Ikhwan dan Ukht Hazwani: “Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr”. Semoga baitul muslim yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk selamanya.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 26 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Kelahiran Mujahid Umar bin Mohd Nazeri |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 06 August 2008 |
|
 AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat akh Mohd Nazeri bin Kamaruddin sekeluarga atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Putera yang diberi nama Umar selamat dilahirkan tepat pada 3:44 pm (waktu UK), 3 Ogos 2008 bersamaan 2 Sha'ban 1429H di Queen's Medical Centre University Hospital, Nottingham, UK dengan berat 2.71 kg. Syukur dipanjatkan pada Allah SWT yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. Menurut akh Nazeri, putera tersebut diberi nama Umar supaya setiap insan yang memanggil namanya akan menyebutnya beserta doa dan harapan yang tinggi agar dia menjadi seorang mujahid dan pemimpin yang soleh seperti Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. AUSIS mendoakan agar Umar bin Mohd Nazeri bakal menjadi penerus perjuangan Islam yang akan mengislah dunia dan menjadi qudwah sepanjang zaman dalam meninggikan kalimat Allah di muka bumi ini.. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada akh Mohd Nazeri yang pernah menuntut di University of Melbourne, Australia dalam jurusan Master in Engineering Telecommunications. Semoga Allah memberkati bayi, ummi dan abinya.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 06 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Jemputan Walimah Yasser Ariff & Raja Rina |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 05 August 2008 |
|
 AUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Akh Yasser Ariff bin Ahmad Sidi dan Ukht Raja Rina bt Raja Ikram khusus buat warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 10:30 pagi, 9 Ogos 2008 di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor. Majlis walimah sebelah keluarga perempuan pula akan diadakan di Jitra, Kedah pada 21 Ogos 2008 sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 23 Ogos 2008 di Padang Rengas, Perak. Maklumat lengkap beserta peta lokasi majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini. "Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"
Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
|
|
Last Updated ( Thursday, 07 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Jemputan Walimah Mursyidi & Nor Ruzaini |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 12 July 2008 |
|
 AUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Akh Mursyidi bin Mohammad dan Ukht Nor Ruzaini bt Dr Sulaiman khusus buat warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis sebelah keluarga perempuan akan berlangsung pada 19 Julai 2008 di Kluang, Johor sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Julai 2008 di Sg Petani, Kedah. Maklumat lengkap beserta peta lokasi majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini. "Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"
Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
|
|
Last Updated ( Tuesday, 05 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 04 July 2008 |
|
 ‘Barakallahu lakuma wa alfun mabruk 'alaikuma’ diucapkan buat pasangan pengantin baru, Akh Mohd Zul Alwi B. Mat Adam dan Ukhti Mastura Bt. Mohamad yang telah mendirikan rumah tangga mereka baru-baru ini. Kedua-duanya telah selamat diijabkabulkan atas keizinan Allah SWT tepat pada pukul 2:32 petang, 21 Jun 2008 lepas di Taman Bukit, Kajang, Selangor. Majlis walimah sebelah perempuan telah berlangsung pada 22 Jun di Kajang sementara majlis walimah pihak lelaki telah diadakan pada 28 Jun di Jengka, Pahang. Seluruh warga AUSIS memanjatkan doa buat Akh Zul Alwi dan Ukht Mastura: “Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr”. Semoga baitul muslim yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk selamanya.
|
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
| Results 10 - 18 of 30 |