Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Home arrow Kenali AUSIS arrow Khabar Warga AUSIS
Khabar Warga AUSIS
"Barakallahu lakuma" PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 09 February 2008
ImageSeluruh ahli keluarga AUSIS mengucapkan tahniah buat Presiden AUSIS, Tuan Haji Abdul Halim bin Abdullah sekeluarga atas pekahwinan anak sulung beliau, Uswah Hasanah bt Abdul Halim. Uswah Hasanah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Shuhaib ar-Rumy bin Selamat pada 1 Februari 2008 yang lalu di Masjid As-Salam, Hayyu Al-Asyir, Cairo.

AUSIS memanjatkan doa buat pasangan pengantin baru: “Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fil khair”. Ternyata Uswah Hasanah mengikut jejak langkah kedua orang tuanya berkahwin di luar negara ketika masih di alam pengajian. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tuan Haji Abdul Halim sekeluarga. Kepada Uswah Hasanah dan suami, semoga Allah SWT melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah ke atas perkahwinan kalian.
 
Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 )
Read more...
 
Selamat Pengantin Baru AUSIS PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 09 February 2008
ImageMasih belum terlewat rasanya untuk AUSIS mengucapkan selamat pengantin baru kepada ahli-ahli keluarga AUSIS di bawah yang telah berjaya mendirikan baitul muslim sepanjang beberapa minggu yang lalu. Seperti cuti-cuti summer yang sudah, cuti summer 2007/2008 sekali lagi menjadi ‘musim walimah AUSIS’ dengan jemputan walimah yang tidak putus-putus.
 
1) Akh Hanan Perth pada 1 Disember 2007
2) Akh Syed Faiz Perth pada 8 Disember 2007
3) Ukht Anisah Brisbane pada 15 Disember 2007
4) Akh Aizat Melbourne & Ukht Amalia Sydney pada 15 Disember 2007
5) Akh Muadz Melbourne & Ukht Maria Ulfa Melbourne pada 22 Disember 2007
6) Akh Umar Hakim NZ & Ukht Jamaliah Perth pada 23 Disember 2007
7) Akh Ihsanuddin Melbourne & Ukht Muna Melbourne pada 29 Disember 2007
8) Akh Aiman Melbourne & Ukht Sarah Adelaide pada 30 Disember 2007
9) Akh Rozanizam Adelaide & Ukht Suzeana Adelaide pada 5 Januari 2008
Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 )
Read more...
 
Kelahiran Azimah Khaulah bt Aizuddin PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 08 February 2008

Seluruh warga AUSIS mengucapkan tahniah buat akh Aizuddin bin Khalid sekeluarga atas kelahiran cahayamata sulung mereka baru-baru ini. Puteri yang diberi nama Azimah Khaulah selamat dilahirkan tepat pada 5:14 pm, 26 Disember 2007 di KPJ Hospital, Kajang. Syukur dipanjatkan pada Allah SWT yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. Mudah-mudahan Azimah Khaulah mampu menjadi sehebat sang bidadari besi Khaulah Al-Azwar, seorang tokoh pejuang Islam pada zaman sahabat dulu. AUSIS mendoakan agar beliau bakal menjadi mujahidah Islam sejati yang akan mencatat sejarahnya tersendiri di pentas dunia.

Last Updated ( Saturday, 09 February 2008 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Results 28 - 30 of 30
Melbourne_Library.jpg
Muharram
9
Tuesday
1430 HIJRAH
unimelb-logo-small.jpg

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

sm2.JPG

Who's Online

Get Moolets