|
Pengurusan Masa Dalam Kehidupan |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 08 September 2008 |
|
Islam amat menitikberatkan umatnya agar sentiasa menghargai masa. Allah SWT telah menegaskan di dalam Al-Quran bahawa masa itu amat berharga dan mereka yang mensia-siakan usia hidupnya dengan perkara yang sia-sia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Masa merupakan neraca perhitungan terhadap segala pergerakan insan. Masa yang berlalu itu tidak akan kembali walau sedetik pun. Masa akan sentiasa meninggalkan kita, sedar ataupun tidak.
Allah SWT menggambarkan betapa mustahaknya masa dalam kehidupan insan melalui firmanNya yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran". (Al-Asr: 1-3) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, usia mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa senangmu sebelum papa, masa hidupmu sebelum mati dan masa lapangmu sebelum sibuk". (Riwayat At-Tarmizi)
|
|
Last Updated ( Monday, 08 September 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan |
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 03 September 2008 |
|
Alhamdulillah Allah SWT memberi peluang untuk kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan al-Mubarak yang penuh barakah dan kemuliaan. Inilah bulan rahmat, bulan barakah, bulan maghfirah, bulan Al-Quran, bulan jihad, bulan tarbiyyah serta bulan Lailatul Qadar. Pihak AUSIS ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat seluruh warga AUSIS sekalian. Semoga kita memanfaatkan sepenuhnya nikmat Ramadhan ini dengan pengisian amal-amal soleh seperti puasa, solat fardhu berjemaah, zakat, tadarus Al-Quran, solat tarawih, solat tahajjud, sadaqah, zikrullah dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan Allah SWT memanjangkan usia kita ke penghujung Ramadhan, seterusnya menerima segala amalan yang dilakukan sepanjang bulan mulia ini. “Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Allahu Akbar !! Walillahilhamd !!” Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak ini juga, AUSIS memberi peluang kepada seluruh warga AUSIS khususnya mereka yang berada di perantauan untuk menyampaikan perutusan Ramadhan melalui ruangan khas 'Salam Ramadhan AUSIS'. Sesiapa yang berminat untuk menyertai ruangan ini boleh menghantar e-mel ucapan beserta gambar (optional) kepada
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view. Kunjungi ruangan 'Salam Ramadhan AUSIS' untuk membaca perutusan-perutusan yang telah dikirimkan.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 03 September 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Ramadhan yang Dinanti-nantikan |
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 03 September 2008 |
|
Selamat datang Ramadhan yang membawa bersamamu seribu hikmah dan keberkatan… Bagi anak-anak yang baru belajar berpuasa semoga ia akan menjadi pengalaman indah dalam hidup mereka… satu kesempatan untuk mendidik anak-anak melalui puasa yang mempunyai ciri unik dengan cara yang berhikmah dan mesra, memberi hadiah atau ganjaran dengan kefahaman serta motivasi yang sihat. Agar makna ubudiyyah akan terpahat di sanubari mereka sejak awal lagi. Bagi yang dewasa pula selamat mempertingkatkan kualiti ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain bersamanya, dengan mujahadah yang lebih tinggi serta hati yang lebih khusyuk. Banyakkan berdoa kepada yang Maha Esa… memohon rahmat, keampunan dan diselamatkan dari api neraka. Firman Allah maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku qabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu” (Al Baqarah: 186).
|
|
Last Updated ( Wednesday, 03 September 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Erti Kemerdekaan Sebenar Kepada Muslim Sejati |
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 31 August 2008 |
|
 Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bersejarah kepada warga Tanah Melayu. Pada tarikh tersebut Tanah Melayu secara rasmi diisytiharkan merdeka daripada penjajahan British selepas satu abad lebih terjajah. Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana mengekalkan nikmat kemerdekaan negara sehingga ke saat ini. Namun, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam seharusnya tidak terlalu selesa dengan suasana ini. Kita harus senantiasa bertanya, apakah kita berada dalam keadaan yang hakiki? Apakah kita telah merdekakan tanah air, jiwa, pemikiran, budaya, tingkah laku dari penjajahan ideologi yang rosak? Atau apakah tanah air kita sahaja yang telah ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, namun pemikiran dan ideologi mereka masih diwarisi oleh kita?
|
|
Last Updated ( Sunday, 31 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 24 August 2008 |
|
 ‘Barakallahu lakuma wa alfun mabruk 'alaikuma’ diucapkan buat pasangan pengantin baru, Akh Muhammad Ikhwan B. Ilias dan Ukhti Siti Nurhazwani Bt. Kamarudin yang telah mendirikan rumah tangga mereka baru-baru ini. Kedua-duanya telah selamat diijabkabulkan atas keizinan Allah SWT pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008 lepas di Kelana Jaya, Selangor. Majlis walimah sebelah perempuan telah berlangsung pada 22 Ogos di Kelana Jaya sementara majlis walimah pihak lelaki dirancang akan berlangsung pada Januari tahun hadapan. Seluruh warga AUSIS memanjatkan doa buat Akh Ikhwan dan Ukht Hazwani: “Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr”. Semoga baitul muslim yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk selamanya.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 26 August 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 17 August 2008 |
|
Ramadhan akan datang menemui kita buat sekian kalinya. Ia adalah bulan keberkatan dan rahmat. Ia adalah bulan keampunan dan penerimaan amal. Ia adalah bulan manusia melepaskan diri dari azab neraka. Berpuasa di siangnya adalah fardhu. Menghidupkan malamnya adalah kecintaan Allah. Ia adalah penyempurna kepada rukun-rukun Islam. Tanpanya tidak akan sempurna agama seseorang.
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam dibina di atas lima asas; persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari). Lima rukun Islam inilah asas kebaikan seseorang manusia di dunia dan penyelamat mereka di akhirat nanti. Amru bin Murrah al-Jahni r.a. bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa dan menghidupkan bulan Ramadhan. Siapakah aku?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dari kalangan siddiqin dan syuhada’.” (Riwayat Ibn al-Bazar dan Ibnu Hibban).
|
|
Read more...
|
|
|
Islam Awareness for New Zealanders |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 11 August 2008 |
|
 CAIRO — Muslims in New Zealand are organizing a week of open days at mosques, interfaith panel discussions, Islamic cultural arts and crafts displays and ethnic food fairs. "The reason is to give a better understanding of Muslims and Islam to the wider community," Javed Khan, president of the Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ), told the Sunday Star Times on Monday, August 11. The 5th annual Islam awareness week, running on August 4-11 and themed "Strong Families, Better Society," included open days at most of the country's mosques and Islamic centers.
|
|
Read more...
|
|
|