Skip to content

AUSIS

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color black color cyan color green color red color
Jemputan Walimah Hafiy & Safura
Written by Administrator   
Tuesday, 02 December 2008
 
ImageAUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Saudara Hafiy Hazmi bin Saad dan Saudari Safura Izyani bt Kamarudin khusus buat seluruh warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis walimah mereka akan diadakan pada 20 Disember 2008 di Kelana Jaya, Selangor. Maklumat lengkap beserta peta lokasi majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.
 
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
 
Last Updated ( Tuesday, 02 December 2008 )
Read more...
 
Kem Lepasan SPM Siri Ke-4
Written by Administrator   
Wednesday, 26 November 2008

Kem Lepasan SPM Siri Ke-4 kembali lagi menemui adik-adik yang baru selesai menamatkan peperiksaan SPM. Program tahunan yang sebelum ini pernah dianjurkan oleh AUSIS kini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Seperti edisi-edisi sebelumnya, objektif Kem Lepasan SPM adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM untuk merangka hala tuju pendidikan masing-masing selepas SPM melalui perkongsian pengalaman dan jalinan ukhuwwah bersama senior-senior yang sedang bercuti dan para graduan yang sudah melangkah ke alam pekerjaan.

Untuk edisi kali ini, Kem Lepasan SPM akan dilaksanakan di Kem Sri Raudah, Gombak pada 26-28 Disember 2008. Aktiviti-aktiviti menarik yang menanti para peserta seperti sesi penerangan dan panduan pemilihan kursus di universiti, perkongsian pengalaman dengan senior-senior, bengkel dalam kumpulan untuk merangka pelan masa depan, aktiviti outdoor dan teambuilding, serta pengisian-pengisian rohani. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan memuat turun poster dan pamplet di bawah. Anda juga boleh layari Laman Web PEMBINA atau Laman Rasmi Kem Lepasan SPM 2008. Pastikan anda mendaftarkan diri dengan segera!!!

Photobucket
 
Last Updated ( Wednesday, 26 November 2008 )
Read more...
 
Apabila Umat Celaru Idola
Written by Administrator   
Sunday, 23 November 2008
 
ImageDalam mendidik sesebuah umat, di samping pelajaran di sekolah dan tunjuk ajar di media massa, penonjolan idola memainkan peranan penting yang sangat memberi kesan. Oleh itu Rasulullah saw di samping menyuntik Al-Quran ke dalam diri dan negara, Baginda saw juga menonjolkan idola-idola agar masyarakat di Madinah ketika itu mudah mencontohi idola tersebut. Idola yang tertinggi ialah seperti berikut:
 
1. Sahabat 10 orang yang dijanjikan syurga. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abdul Rahman Auf, Tahlah Ubaidillah, Saad Abi Waqqas dll.
2. Ahli Badar iaitu 313 sahabat yang menyertai Perang Badar yang merubah sejarah bukan sahaja Arab tetapi sejarah kemanusiaan, seperti kata Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilal.
3. Ahli Bai’ah Ridwan seramai ~1500 orang. Firman Allah swt bermaksud, ”Sesungguhnya Allah redha kepada orang-orang beriman, ketika mereka berbai’ah (ikat janji setia) di bawah pohon tersebut …” (Al-Fath:18). Ketika itu Sayyidina Uthman Affan disangka dibunuh Quraisy ketika perundingan Hudaibiyah, lalu Nabi saw mengajak mereka berbaiah untuk membalas kematian Uthman ra.
4. Isteri-isteri Baginda saw digelar Allah sebagai “Ummahatul Mukminin” (Ibu-ibu orang-orang beriman).
 
Last Updated ( Sunday, 23 November 2008 )
Read more...
 
Jemputan Walimah Arif & Hazlin
Written by Administrator   
Tuesday, 18 November 2008
 
ImageAUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Saudara Mohammad Arif bin Hamzah dan Saudari Nur Hazlin bt Hazrin Chong khusus buat seluruh warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis walimah sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Disember 2008 sementara majlis sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 27 Disember 2008 di Dewan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Maklumat lengkap beserta peta lokasi majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.
 
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
 
Last Updated ( Tuesday, 18 November 2008 )
Read more...
 
Jemputan Walimah Zahir & Nurul Izza
Written by Administrator   
Monday, 17 November 2008
 
ImageAUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Saudara Mohd Zahir bin Hj Mohd Ariffin dan Saudari Nurul Izza bt Hj Mohd Zahidi khusus buat seluruh warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis walimah sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Disember 2008 sementara majlis sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 14 Disember 2008 di Pasir Mas, Kelantan. Maklumat lengkap beserta peta lokasi kedua-dua majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.
 
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
 
Read more...
 
Jemputan Walimah Ekram & Haniza
Written by Administrator   
Friday, 14 November 2008
 
ImageAUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Saudara Ekram bin Hj Elias (ex-University of Adelaide) dan Saudari Haniza bt Hassan  (ex-University of Adelaide) khusus buat seluruh warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis walimah sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Batu Pahat, Johor pada 21 Disember 2008 sementara majlis sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 27 Disember 2008 di Sitiawan, Perak. Maklumat lengkap beserta peta lokasi kedua-dua majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini.
 
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
 
Last Updated ( Monday, 17 November 2008 )
Read more...
 
Kelahiran Mujahidah Nusaibah al-Humaira' bt Omar
Written by Administrator   
Wednesday, 05 November 2008

Photobucket

Seluruh warga AUSIS merakamkan ucapan tahniah buat Saudara Omar bin Kassim dan keluarga atas kelahiran cahaya mata kelima mereka pada 30 Oktober 2008 yang lepas. Puteri yang diberi nama Nusaibah al-Humaira' tersebut selamat dilahirkan dengan keizinan Allah tepat pada pukul 11.20 pagi di Hospital Columbia-Asia, Seremban dengan berat kira-kira 2.9 kg.

Syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. AUSIS mendoakan agar Nusaibah al-Humaira' akan menjadi seorang mujahidah dakwah yang bakal meneruskan perjuangan memartabatkan Islam, mengikut jejak langkah Nusaibah bt Ka'ab al-Maziniyyah yang merupakan salah seorang tokoh pejuang Muslimah pada zaman Rasulullah saw dahulu. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Saudara Omar sekeluarga.

Photobucket
 
Last Updated ( Wednesday, 05 November 2008 )
Read more...
 
PB190039.JPG
Zulhijjah
5
Thursday
1429 HIJRAH
UNSW Logo.jpg

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Komen Terbaru

Terbaru di Forum

sm6.JPG

Who's Online

Get Moolets