|
Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanji Allah |
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 21 July 2008 |
|
 Bulan Rejab kini menjelang lagi. Ia bulan Israk Mikraj. Ia bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke langit pada malam 27 Rejab 620M. Di sini pernah didiami ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka. Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam Kurun 11 dan 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka mereka datang semula bila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan & Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat ini. Atas nama persidangan PBB, Negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan menang majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.
|
|
Read more...
|
|
|
Cabaran Perkembangan Populasi Dunia |
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 18 July 2008 |
|
 TARIKH 11 Julai setiap tahun disambut sebagai Hari Populasi Sedunia. Sambutan ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu berkaitan dengan perkembangan populasi manusia. Sehingga kini jumlah populasi manusia ialah 6.7 bilion. Kadar peningkatan populasi manusia pada ketika ini ialah 1.2 peratus setahun. Iaitu pertambahan sebanyak 212,036 manusia setiap hari. Populasi manusia dijangkakan akan terus meningkat sehingga 20 peratus menjadikan jumlahnya 9.2 bilion menjelang tahun 2050. Statistik yang dikeluarkan oleh GeoHive menyatakan wilayah Afrika mempunyai kadar pertumbuhan populasi yang agak pantas berbanding dengan wilayah lain, ini diikuti wilayah Asia dan wilayah Amerika Latin.
|
|
Last Updated ( Friday, 18 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Jemputan Walimah Mursyidi & Nor Ruzaini |
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 12 July 2008 |
|
 AUSIS dengan sukacitanya menyampaikan jemputan ke majlis walimah Akh Mursyidi bin Mohammad dan Ukht Nor Ruzaini bt Dr Sulaiman khusus buat warga AUSIS dan juga sesiapa yang mengenali mereka. Majlis sebelah keluarga perempuan akan berlangsung pada 19 Julai 2008 di Kluang, Johor sementara majlis sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Julai 2008 di Sg Petani, Kedah. Maklumat lengkap beserta peta lokasi majlis boleh diperolehi dengan memuat turun kad jemputan di bawah. Semoga Allah SWT melimpahkan kebahagiaan dan keberkatan buat pasangan ini. "Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"
Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
|
|
Last Updated ( Saturday, 12 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? |
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 04 July 2008 |
|
Shahril melangkahkan kakinya memasuki bas Transnasional itu. Setelah membayar tambang RM1.50, dia pun mengambil tempat duduk di bahagian tengah bas itu. Beg pakaiannya diletakkan di kerusi besebelahan denganya. Pada waktu tengah hari begini, tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini, jadi Shahril tidak perlu risau untuk mengalihkan begnya itu kerana masih terlalu banyak kerusi yang kosong. Bas pun mula bergerak. Shahril menghalakan pandangannya ke luar tingkap. Kini dia sudah bergelar lepasan sekolah itu. Baru beberapa jam yang lalu Shahril bersama-sama dengan rakan-rakannya bersorak gembira kerana peperiksaan SPM telah selesai. Kini, dia bersendirian di dalam bas itu. Semua kawankawannya pulang dengan ibu bapa masingmasing, kerana ingin membawa barang yang banyak; maklumlah sekolah berasrama penuh. Shahril lebih suka pulang dengan bas kerana tidak mahu menggangu ibu dan ayahnya yang bekerja.
|
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 04 July 2008 |
|
 ‘Barakallahu lakuma wa alfun mabruk 'alaikuma’ diucapkan buat pasangan pengantin baru, Akh Mohd Zul Alwi B. Mat Adam dan Ukhti Mastura Bt. Mohamad yang telah mendirikan rumah tangga mereka baru-baru ini. Kedua-duanya telah selamat diijabkabulkan atas keizinan Allah SWT tepat pada pukul 2:32 petang, 21 Jun 2008 lepas di Taman Bukit, Kajang, Selangor. Majlis walimah sebelah perempuan telah berlangsung pada 22 Jun di Kajang sementara majlis walimah pihak lelaki telah diadakan pada 28 Jun di Jengka, Pahang. Seluruh warga AUSIS memanjatkan doa buat Akh Zul Alwi dan Ukht Mastura: “Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jam'a bainakuma fi khayr”. Semoga baitul muslim yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk selamanya.
|
|
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Kelahiran Mujahidah Ash-Shifaa' bt Mohd Zairil |
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 01 July 2008 |
|
AUSIS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat akh Dr Mohd Zairil dan ukht Dr Firdahanis sekeluarga atas kelahiran puteri pertama mereka yang juga merupakan cahaya mata kedua baru-baru ini. Puteri yang diberi nama Ash-Shifaa' selamat dilahirkan tepat pada 1:15 pm, 31 May 2008 di King Edward Memorial Hospital For Women, Perth, Australia dengan berat 3.52 kg. Syukur dipanjatkan pada Allah SWT yang telah memudahkan segala urusan kelahirannya. AUSIS mendoakan agar Ash-Shifaa' bakal menjadi penerus perjuangan Islam di persada dunia. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Dr Zairil dan Dr Firdahanis yang kedua-duanya merupakan graduan Monash University, Melbourne.
"Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." (Ath-Thuur: 21)
|
|
Last Updated ( Tuesday, 01 July 2008 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 30 June 2008 |
|
 SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil sedangkan Allah telah berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60) Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”. (riwayat Tirmidzi)
|
|
Read more...
|
|
|