Acara tahunan anjuran AUSIS yang ditunggu-tunggu, Southern Gathering akan kembali lagi. Southern Gathering Pre-Departure Get Together merupakan program tahunan anjuran AUSIS bagi membantu para pelajar Muslim yang bakal melanjutkan pengajian di Australia dan New Zealand. Program ini merupakan antara usaha bagi menjaga kebajikan para pelajar di bawah inisiatif AUSIS, dan diharapkan mampu menjadi medan AUSIS melahirkan bakal pelajar dan alumni akan datang yang berkualiti, yang akan terus menyokong dan mendokong kegiatan AUSIS di dalam dan di luar negara.
Pada 1988 dan selepasnya, penghantaran pelajar Malaysia ke Australia berkurangan atau hampir di berhentikan. Kegiatan AUSIS hampir terhenti. Tetapi pada tahun 1997, AUSIS mengukuhkan semula dakwah pelajarnya dengan kedatangan Saudara Rahim Malek (Presiden AUSIS 2009) ke Australia. Bermula dari situ AUSIS berkembang semula.
Pada tahun 2002, AUSIS meneruskan lagi usahanya dalam dakwah dan motivasi pelajar di bawah bimbingan Ustaz Dr Kamaru Salam yang tinggal beberapa tahun ketika beliau bekerja di Australia sehingga tahun 2004.
Lagu ini mengingatkan saat-saat AUSIS bermula kembali dengan dakwah di Australia. Teringat masa tu hanya dalam 15~20 orang sahaja yang menjadi tulang belakang dakwah para pelajar Malaysia di sana. Semoga semua tsabat dan bersatu kembali suatu masa nanti:)