news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel 
Pengenalan, sejarah dan tujuan
AUSIS atau Australasian Tertiary Institutions Alumni Islamic Society telah ditubuhkan pada 1985 melalui dorongan dan usaha beberapa pelajar Malaysia yang telah melanjutkan pengajian di bumi Australia dan New Zealand. AUSIS berfungsi sebagai persatauan alumni yang menjalankan aktiviti-aktiviti motivasi, kebajikan, dakwah dan tarbiyah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang akan, sedang dan selepas melanjutkan pengajian mereka di dua benua ini.
Pada 1988 dan selepasnya, penghantaran pelajar Malaysia berkurangan atau hampir di berhentikan. Kegiatan AUSIS hampir terhenti. Tetapi pada tahun 1997, AUSIS mengukuhkan semula dakwah pelajarnya dengan kedatangan Saudara Rahim Malek (Presiden AUSIS 2009) ke Australia. Bermula dari situ AUSIS berkembang semula.
Aktiviti dan sumbangan
- AUSIS mempunyai tabung biasiswa untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dari keluarga yang memerlukan.
- AUSIS mengadakan program motivasi dan kursus-kursus kepimpinan Islam di pusat-pusat persediaan Australia dan New Zealand di Malaysia.
- Mengadakan program pre-departure kepada pelajar yang akan berlepas ke Australia dan New Zealand sejak 2002 hingga sekarang.
- AUSIS menganjurkan program yang padat untuk para pelajar Australia dan New Zealand yang pulang bercuti semasa musim panas di Malaysia seperti kursus-kursus, trip ronda-ronda Malaysia, khemah ibadah, motivasi ke sekolah-sekolah dan lawatan sambil belajar.
- AUSIS membantu para pelajar di Australia dan New Zealand mengadakan program-program peningkatan syakhsiah pelajar melalui halaqah mingguan, Quranic Circle, daurah, seminar, kursus intensif Bahasa Arab, program Palestin, WARM Camp (Perkhemahan musim sejuk), AUSCAPE (perkhemahan musim luruh), ceramah-ceramah kesedaran Islam dan lain-lain ‘Saya Muslim Super’, Kuliah Hadith dwimingguan dan banyak lagi.
- Hasil hubungan rapat AUSIS dengan banyak pihak di Malaysia sebagai satu-satunya wakil Lepasan Pelajar Islam Australia dan New Zealand, AUSIS banyak berjaya membantu para pelajar selepas tamat belajar untuk mencari pekerjaan di Malaysia.
- AUSIS juga membantu pelajar selepas tamat belajar untuk meneruskan program jati diri muslim setibanya mereka di Malaysia. AUSIS mempunyai hubungai yang rapat dengan kebanyakan badan-badan Islam yang berdaftar di Malaysia
Jaringan
AUSIS terlibat aktif di semua lokaliti utama benua Australia seperti di Perth, Adelaide, Melbourne, NewCastle, Brisbane, Tasmania dan juga Sydney termasuklah di New Zealand seperti di Auckland, Christchurch, Otago dan Wellington. Hubungan baik juga wujud antara persatuan dan badan-badan pelajar tempatan dan luar negara seperti FAMSY, AIM, MIIAS, McYess, Badan Ehsan, MSD Australia dan New Zealand, dan lain-lain. AUSIS juga adalah badan yang bergabung dengan Alumni of International Muslim Student Malaysia yang menggabungkan jaringan dengan seluruh pelajar yang pulang dari semua negara di dunia seperti United Kingdom, Ireland, Poland, Rep. Czech, France, Germany, Mesir, Jordan, Morokko, Jepun, Korea, China, Indonesia, Amerika dan Kanada.
Harapan
AUSIS amat bersyukur kerana dengan usaha dan sentuhannya, ramai pelajar yang terlahir dalam kesedarannya untuk menyumbang kepada masyarakat dan ummah. AUSIS amat mengharapkan golongan pelajar di Australia dan New Zealand akan terus kehadapan dalam usaha dakwah dan tarbiyah terutama dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan yang unggul. Semoga ukhwah yang terbina hari ini akan terus erat dan membuahkan usaha-usaha yang baik dan diberkati demi masa depan ummah yang gemilang