Archive | Pilihan

AUSIS Menyumbang ke Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand

Tags: , , , ,

AUSIS Menyumbang ke Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand

Posted on 05 November 2011 by ausis

(En. Wan Ahmad Nizar, wakil AUSIS, menyampaikan sumbangan)

Sedarkah anda akan isu yang melanda negara jiran kita sekarang? Ya, sekarang Thailand dilanda banjir yang amat teruk! AUSIS telah berjaya membuat kutipan kilat dan menyumbang sebanyak AUD$2133 bersamaan RM6885.05 kepada tabung kutipan ini. Continue Reading

Comments (0)

Southern Gathering Bakal Kembali Lagi

Tags: , ,

Southern Gathering Bakal Kembali Lagi

Posted on 09 October 2011 by ausis

Acara tahunan anjuran AUSIS yang ditunggu-tunggu, Southern Gathering akan kembali lagi. Southern Gathering Pre-Departure Get Together merupakan program tahunan anjuran AUSIS bagi membantu para pelajar Muslim yang bakal melanjutkan pengajian di Australia dan New Zealand. Program ini merupakan antara usaha bagi menjaga kebajikan para pelajar di bawah inisiatif AUSIS, dan diharapkan mampu menjadi medan AUSIS melahirkan bakal pelajar dan alumni akan datang yang berkualiti, yang akan terus menyokong dan mendokong kegiatan AUSIS di dalam dan di luar negara.

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan selanjutnya di laman rasmi Southern Gathering, Facebook Page dan juga Twitter.

Comments (0)

Ir Wan Ahmad Nizar: 24/7 Kita Mestilah Ibadah

Tags: , , ,

Ir Wan Ahmad Nizar: 24/7 Kita Mestilah Ibadah

Posted on 30 September 2011 by ausis

Ini adalah perkongsian daripada program Alumni Pilihan: Bersama Ir. Wan Ahmad Nizar

Comments (0)

Aqsa Syarif Australia Tour 2011

Tags: , , , , ,

Aqsa Syarif Australia Tour 2011

Posted on 03 August 2011 by ausis

Buat kali pertama kali dalam sejarah, Aqsa Syarif akan mengadakan roadshow di Australia pada bulan Ramadhan tahun ini. Roadshow yang diberi nama Aqsa Syarif Australia Tour 2011 ini akan berlangsung bermula pada 13-21 Ramadhan (13-21 Ogos 2011). Pengerusi Aqsa Syarif sendiri, Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor ditemani oleh isteri akan mengadakan lawatan ke bandar-bandar utama di Australia iaitu Melbourne, Adelaide, Sydney, Newcastle dan Brisbane. Lawatan ini turut disokong oleh Palestine Centre of Excellence (PACE) dan Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dirancang di lokaliti masing-masing!

Aqsa Syarif Australia Tour Website | Facebook Page

Melbourne: 13-14 Ramadhan | Facebook Event
Adelaide: 15-16 Ramadhan | Facebook Event 1 | Event 2
Sydney: 17 & 19 Ramadhan
Newcastle: 18 Ramadhan
Brisbane: 20-21 Ramadhan

Aqsa Syarif Australia Tour 2011

Comments (0)

Rayuan Ramadhan Palestin Peringkat Australia

Tags: , , , ,

Rayuan Ramadhan Palestin Peringkat Australia

Posted on 25 July 2011 by ausis

Rayuan Ramadhan Palestin Australia

Assalamualaikum wrt wbt

Saudara/i/tuan/puan/Dr yang dikasihi,

Ramadhan bakal menjelang tiba. Allah Taala amat sayang hamba-Nya yang sentiasa mengingati dan membantu saudaranya yang kesusahan terutama di bulan mulia ini. Ketika bulan Ramadhan, Allah sendiri yang mengganjari hambanya sebaik-baik ganjaran. Oleh yang demikian, Palestine Mercy Mission ingin mempelawa anda sekalian untuk sama-sama menyumbang kepada umat Islam di Palestin yang dalam kekurangan. Untuk Rayuan Ramadhan Palestin 1432 ini kita merancang meneruskan usaha memperhebatkan kilang roti Gaza kerana ia sumber strategik menyalurkan makanan asasi bagi penduduk Gaza.

Update Kilang Roti Gaza

Projek Kilang Roti Gaza ini telah mula dipersetujui dan ditandatangani di ibu Pejabat Aqsa Syarif di antara Pengerusi Aqsa Syarif dan Eng Abdulrahim Sehab pada bulan Mac 2011. Sekali gus, pembayaran pertama projek sejumlah RM200,000.00 disalurkan ke Gaza. Kini projek ini siap sepenuhnya dan kos RM630,000.00 meliputi kos mesin, ubahsuai, sewa premis, pengurusan, dokumentasi dan perundangan dengan pihak berwajib, pemasaran dan pengemaskinian premis. Pada 28 Jun 2011, projek telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi dengan penghasilan roti buat pertama kalinya. Alhamdulillah dan tahniah kepada rakyat Malaysia dan mereka yang menyumbang.

Lagi misi ke Gaza

Kita akan menghantar Konvoi Misi “AQSA2GAZA Kedua” sempena Ramadhan ini, Insha Allah. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi A2G2 menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia khusus bagi pengeluaran roti dari kilang kita untuk diedarkan kepada rakyat Gaza yang susah dan miskin.

Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi A2G2 pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011, anda boleh membuat sumbangan untuk projek kita ini. Wang sumbangan anda Insya Allah akan diserahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah.

Kita telah memperuntukkan sumbangan berjumlah RM100,000.00 yang diterima dari rakyat Malaysia bagi membeli tepung-tepung bagi penghasilan makanan asas rakyat di Gaza iaitu roti arab. Sumbangan roti-roti tersebut untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan ini, Insya Allah sangat besar keberkatannya. Jom menyumbang untuk mereka yang benar-benar memerlukan.

Penyelaras,
Rayuan Ramadhan Palestin 1432H.

Comments (0)

Southern Gathering 2011

Tags: ,

Southern Gathering 2011

Posted on 25 October 2010 by ausis

Southern Gathering merupakan program tahunan bagi persediaan pelajar muslim yang bakal ke Australia dan New Zealand. Program ini akan membantu para pelajar ini mendapatkan info-info bermanfaat sebagai bekalan untuk ke luar negara. Antara perkongsian yang dijalankan ialah dari segi maklumat universiti tempat belajar, perkongsian oleh senior, perkongsian makanan halal, tempat tinggal, serta hukum-hukum berkaitan dengan fiqh luar negara.

Program tahun ini akan diadakan pada 14-16 Januari 2010 di tempat yang akan diberitahu kelak. Program ini adalah percuma. Oleh itu jika anda tidak mahu terlepas maklumat tentang program ini, pastikan anda dan teman-teman ataupun ahli keluarga yang merupakan bakal pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia, jangan lupa mendaftar untuk program ini dengan melawati laman rasmi Southern Gathering 2011.

Lihat video promo di sini.

Southern Gathering 2011

Poster SG'11 v2

Poster SG'11 v1

Comments (1)

AUSIS 1997 – 2002

Tags: , , , ,

AUSIS 1997 – 2002

Posted on 24 October 2010 by ausis

Antara program yang dianjurkan

Pada 1988 dan selepasnya, penghantaran pelajar Malaysia ke Australia berkurangan atau hampir di berhentikan. Kegiatan AUSIS hampir terhenti. Tetapi pada tahun 1997, AUSIS mengukuhkan semula dakwah pelajarnya dengan kedatangan Saudara Rahim Malek (Presiden AUSIS 2009) ke Australia. Bermula dari situ AUSIS berkembang semula.

Pada tahun 2002, AUSIS meneruskan lagi usahanya dalam dakwah dan motivasi pelajar di bawah bimbingan Ustaz Dr Kamaru Salam yang tinggal beberapa tahun ketika beliau bekerja di Australia sehingga tahun 2004.

Lagu ini mengingatkan saat-saat AUSIS bermula kembali dengan dakwah di Australia. Teringat masa tu hanya dalam 15~20 orang sahaja yang menjadi tulang belakang dakwah para pelajar Malaysia di sana. Semoga semua tsabat dan bersatu kembali suatu masa nanti:)

Comments (0)

WARM Camp OZ 2010

Tags: , , ,

WARM Camp OZ 2010

Posted on 16 July 2010 by ausis

Comments (0)

Pengenalan AUSIS

Pengenalan AUSIS

Posted on 20 January 2010 by ausis

Logo AUSIS

Pengenalan, sejarah dan tujuan

AUSIS atau Australasian Tertiary Institutions Alumni Islamic Society telah ditubuhkan pada 1985 melalui dorongan dan usaha beberapa pelajar Malaysia yang telah melanjutkan pengajian di bumi Australia dan New Zealand. AUSIS berfungsi sebagai persatauan alumni yang menjalankan aktiviti-aktiviti motivasi, kebajikan, dakwah dan tarbiyah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang akan, sedang dan selepas melanjutkan pengajian mereka di dua benua ini.

Pada 1988 dan selepasnya, penghantaran pelajar Malaysia berkurangan atau hampir di berhentikan. Kegiatan AUSIS hampir terhenti. Tetapi pada tahun 1997, AUSIS mengukuhkan semula dakwah pelajarnya dengan kedatangan Saudara Rahim Malek (Presiden AUSIS 2009) ke Australia. Bermula dari situ AUSIS berkembang semula.

Aktiviti dan sumbangan

  • AUSIS mempunyai tabung biasiswa untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dari keluarga yang memerlukan.
  • AUSIS mengadakan program motivasi dan kursus-kursus kepimpinan Islam di pusat-pusat persediaan Australia dan New Zealand di Malaysia.
  • Mengadakan program pre-departure kepada pelajar yang akan berlepas ke Australia dan New Zealand sejak 2002 hingga sekarang.
  • AUSIS menganjurkan program yang padat untuk para pelajar Australia dan New Zealand yang pulang bercuti semasa musim panas di Malaysia seperti kursus-kursus, trip ronda-ronda Malaysia, khemah ibadah, motivasi ke sekolah-sekolah dan lawatan sambil belajar.
  • AUSIS membantu para pelajar di Australia dan New Zealand mengadakan program-program peningkatan syakhsiah pelajar melalui halaqah mingguan, Quranic Circle, daurah, seminar, kursus intensif Bahasa Arab, program Palestin, WARM Camp (Perkhemahan musim sejuk), AUSCAPE (perkhemahan musim luruh), ceramah-ceramah kesedaran Islam dan lain-lain ‘Saya Muslim Super’, Kuliah Hadith dwimingguan dan banyak lagi.
  • Hasil hubungan rapat AUSIS dengan banyak pihak di Malaysia sebagai satu-satunya wakil Lepasan Pelajar Islam Australia dan New Zealand, AUSIS banyak berjaya membantu para pelajar selepas tamat belajar untuk mencari pekerjaan di Malaysia.
  • AUSIS juga membantu pelajar selepas tamat belajar untuk meneruskan program jati diri muslim setibanya mereka di Malaysia. AUSIS mempunyai hubungai yang rapat dengan kebanyakan badan-badan Islam yang berdaftar di Malaysia

Jaringan

AUSIS terlibat aktif di semua lokaliti utama benua Australia seperti di Perth, Adelaide, Melbourne, NewCastle, Brisbane, Tasmania dan juga Sydney termasuklah di New Zealand seperti di Auckland, Christchurch, Otago dan Wellington. Hubungan baik juga wujud antara persatuan dan badan-badan pelajar tempatan dan luar negara seperti FAMSY, AIM, MIIAS, McYess, Badan Ehsan, MSD Australia dan New Zealand, dan lain-lain. AUSIS juga adalah badan yang bergabung dengan Alumni of International Muslim Student Malaysia yang menggabungkan jaringan dengan seluruh pelajar yang pulang dari semua negara di dunia seperti United Kingdom, Ireland, Poland, Rep. Czech, France, Germany, Mesir, Jordan, Morokko, Jepun, Korea, China, Indonesia, Amerika dan Kanada.

Harapan

AUSIS amat bersyukur kerana dengan usaha dan sentuhannya, ramai pelajar yang terlahir dalam kesedarannya untuk menyumbang kepada masyarakat dan ummah. AUSIS amat mengharapkan golongan pelajar di Australia dan New Zealand akan terus kehadapan dalam usaha dakwah dan tarbiyah terutama dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan yang unggul. Semoga ukhwah yang terbina hari ini akan terus erat dan membuahkan usaha-usaha yang baik dan diberkati demi masa depan ummah yang gemilang

Comments (0)

Advertise Here
Advertise Here