news and informations automotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travelautomotive,business,crime,health,life,politics,science,technology,travel Alhamdulillah, program Aqsa Syarif Australia Tour telah selesai di Melbourne. Kutipan yang berjaya dipungut ialah:
Kotak 1: aud570.50
Kotak 2: aud2,409.15
Kotak 3: aud1,774.35
Kotak 4: aud1,746.00
Jumlah: AUD6,500
Ada sumbangan dalam matawang lain:
Kotak 1: Dirham UAE 90.00
Kotak 2: Yuan China 10.00
Kotak 3: USD50.00
Berikut merupakan antara gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan:

Di hadapan rumah Ustaz Azizee sebelum berangkat ke Geelong, walaupun masih kepenatan, namun senyuman manis masih terukir di wajah Dr Hafidzi dan isteri.

Sebahagian peserta wanita seusai program di masjid Geelong (bekas gereja). Sejuk banget Geelong ni!

Sebahagian daripada ahli rombongan pengiring Dr Hafidzi ke Werribee. Bergambar bersama org kuat Wakaf Melayu Victoria di hadapan bangunan mereka. Cukup lengkap, selesa dan luas. Di bahagian belakang rumah banglo berbumbung hijau, ada satu dewan yg boleh memuatkan lebih kurang 300 org.

Ceramah Nusantara di dewan Bangunan Wakaf Melayu Victoria. Sedang berucap ialah Tn Hj Salem Salikin, pengerusi Wakaf.

Slot 1 ceramah Dr Hafidzi di Masjid at-Taqwa di pertengahan solat tarawih. Sungguh mengesankan! Ramai yg ter’lompat’2 nak tahu lebih banyak lagi!
Ikuti catatan Dr Hafidzi di blog keluarga beliau. Berikut merupakan antara gambar-gambar daripada blog beliau:

Bergambar kenangan dgn Syeikh Umar Hallaq – warga Palestin yg telah lama menetap dan pengasas Kolej at-Taqwa, sekolah Islam di Victoria, Australia.

Bersama Syeikh Omar Hallak (Principal Al-Taqwa College), Tn Hj Salem Salikin (asal Singapura) dan Cikgu Manaf juga asal Singapura (pemastautin – PR di Victoria, Australia)

Pengerusi Aqsa Syarif diberi peluang berucap sebanyak dua kali. Sekali di antara tarawikh sebagai mukaddimah dan kedua selepas solat untuk waktu yang lebih lumayan – sekitar 30 minit.

Warga muslimah Victoria yang bersama bersolat tarawikh dan berpeluang mengikuti penerangan dari Aqsa Syarif Malaysia

Dr Hafidzi di masjid at Taqwa